Category: Personal

Keputusan Temuduga DH41

Pasti semua calon-calon DH41 yang telah mengharungi cabaran temuduga pada bulan July dan September lalu berasa berdebar-debar menantikan keputusan temuduga DH41 masing-masing. Bagi yang menghadiri sesi temuduga pada bulan July ada perkhabaran gembira buat anda. Keputusan temuduga telah pun keluar siap dengan tempat penempatan lagi. Keputusan temuduga adalah melalui pos. Surat akan dihantar ke alamat rumah …

Harga Minyak RON95 Naik Lagi

Rutin harian aku hari-hari selepas sahaja bergelumang dengan jem di jalan raya dan sampai jer di rumah sudah pastilah melayan karenah Aira Zahra. Selepas selesai bersihkan diri semua, aku pun terpacak kat depan tv menonton buletin utama di tv3. Sekali keluar dekat berita pengumuman bahawa harga minyak RON95 telah naik RM0.20 bermula tengah malam 2 October …

Interview Pegawai Pendidikan Tinggi DH41

Setelah segala persiapan sudah disediakan akhirnya hari yang dinanti-nantikan telah tiba. Aku bangkit daripada tido awal daripada kebiasaan. Pukul 5 pagi dah terjaga. Segala dokumen yang diperlukan aku cek balik dan masukkan ke dalam beg. Baju dan seluar di gosok rapi. Kasut hitam di kiwi. Kuku di potong. Ulang kaji apa yang perlu buat kali terakhir. …

Pengalaman Bergelar Seorang Ayah

Dalam kehidupan ini, hidup tidak akan lengkap selagi tidak berumah tangga. Hidup akan menjadi lebih lengkap bila sudah dikurniakan zuriat. Kita akan melalui kehidupan ini dari satu fasa ke fasa yang lain. Aku telah melalui fasa semasa zaman kanak-kanak, beralih kepada zaman persekolahan (selamat menghadapi UPSR kepada adik-adik) seterusnya alam remaja sehingga berkahwin. Pada tanggal 11 …

Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi Gred DH41

Sedar tak sedar dah masuk bulan September tahun 2014 ini. Cepat betul masa berlalu meninggalkan kita. Misi aku untuk mencari pekerjaan yang kena dengan jiwa ini masih diteruskan. Semalam surat panggilan temu duga tiba dari Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran Malaysia. Alhamdulillah syukur. Aku ditawarkan jawatan Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT) Gred DH41 bidang Kejuruteraan Kimia dan Proses. …

Tradisi Rumah Terbuka

Rumah terbuka telah menjadi tradisi dan budaya di negara kita Malaysia bila setiap kali tibanya perayaan besar seperti Hari Raya, Tahun baru Cina dan Deepavali. Semasa rumah terbuka inilah pintu rumah terbuka dibuka seluas-luasnya untuk menanti ketibaan para tetamu terhormat. Tetamu dihidangkan dengan pelbagai juadah yang sedap-sedap belaka. Rumah terbuka juga menjadi medium kepada tuan rumah, …

Halatuju Selepas SPM

Tahniah diucapkan kepada pelajar tingkatan 5 yang dapat keputusan yg cemerlang dalam SPM. Manakala pelajar yang dapat keputusan agak tidak cemerlang, janganlah berputus asa atau terlampau kecewa kerana SPM bukannya penghujung malah SPM hanyalah sekadar permulaan. Kalau SPM tidak mendapat keputusan yang baik, boleh berusaha diperingkat seterusnya iaitu matrik atau diploma. Manakala pelajar yang cemerlang, janganlah …

Liku-liku Kehidupan

Lama bebenor aku tak menulis kat blog ni. Rasa rugi la pula ada blog tapi biarkan jer bersawang. Kepala aku pun berserabut sejak kena berhenti kerja bulan satu hari tu. Zaman sekarang ni bukan senang mencari kerja yang ada kena mengena dengan kelayakan. Nasib baik Sarjana aku dah habis. Tunggu masa untuk majlis konvo sahaja. Aku …

Terputus Hubungan

Akhirnya berjaya juga aku ‘update’ blog ni. Setelah hampir sebulan lebih. Lama juga aku biarkan blog ini bersawang. Maaf dipinta. Setelah sekian lama akhirnya aku berjaya kembali ke dunia alam maya ini. Terima kasih adik ku kerana bagi pinjam Yes 4G sementara menunggu internet masuk. Setelah aku berkahwin ritu aku pun berpindah ke rumah baru. Baru …

Majlis Konvokesyen Angah

Hujung minggu baru-baru ni, hampir semua universiti di Malaysia melangsungkan majlis konvokesyen. Majlis konvokesyen ini adalah saat yang dinantikan oleh semua pelajar. Setelah bertungkus lumus belajar selama bertahun-tahun, akhirnya pada masa ini pelajar tersebut akan dikurniakan segulung ijazah. Ijazah inilah yang menjadi tiket untuk mendapatkan kerja yang bagus-bagus. Bercakap mengenai majlis konvokesyen, aku teringat pengalaman aku …