Category: Personal

Hutang Pendidikan dengan MARA

Alhamdulillah akhirnya selesai satu lagi hutang yang membelenggu kehidupan ini. Terima kasih MARA kerana menjadi salah satu penyumbang dari segi kewangan untuk aku mendapatkan segulung Ijazah Sarjana. Iya pada zaman sekarang ini kita memang tak dapat lari daripada membuat hutang. Nak belajar pun kena berhutang. Bila dah berhutang tu sudah menjadi kewajipan kita untuk melangsaikan hutang …

Kad Touch n Go Buat Hal

Sudah sebulan berlalu sejak kenaikan harga parking kereta di kawasan Kuala Lumpur. Selalunya aku membayar parking dengan hanya menggunakan apps JomParking. Mudah dan senang. Tak perlu turun ke bawah untuk memasukkan duit syiling ke dalam mesin parking. Hanya di hujung jari saja. Buka apps Jom Parking dan masukkan nombor plate kereta beserta kawasan parking dan tempoh parking. …

Rancang Perjalanan Balik Kampung

Hari Raya hampir kunjung tiba. Warga kota sudah mula membanjiri jalan raya untuk pulang ke kampung sejak hari Jumaat yang lalu. Masing-masing tidak sabar untuk bertemu ibu bapa tercinta di samping rindu dengan suasana kampung halaman yang aman damai dan tenang jauh dari kesibukan hutan konkrit. Tahun ini kita mempunyai banyak pilihan untuk cuti raya yang …

Membeli Belah Hari Raya

Jam menunjukkan pukul 9 pagi. Misi hari ni nak pergi ke Jalan TAR dan beli persiapan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri seperti baju raya dan kelengkapan penyeri rumah. Sebagai pengguna yang bijak, kita kena la survey terlebih dahulu. Bandingkan harga barang dengan kedai yang lain. Berbaloi tak beli dengan harga yang ditawarkan. Walaupun mengambil masa tetapi percayala …

JomParking

Kebiasaannya bila lokasi tempat kerja anda di kawasan shop lot, sudah pasti anda dikehendaki membayar parking kereta anda. Jika ingkar, anda akan dikenakan kompaun oleh majlis perbandaran di kawasan tersebut. Kompaun minima boleh dikenakan sebanyak RM50 sebelum rayuan atau diskaun dan boleh menjangkau sehingga RM100 jika tidak dilunaskan dengan kadar segera. Pembayaran boleh di buat di …

12 Hari Menuju Earth Hour

Earth Hour ni simboliknya dalam masa sejam segala tenaga elektrik akan dimatikan untuk menandakan sokongan terhadap Earth Hour. Earth Hour ini adalah gerak sedunia daripada WWF untuk untuk menyatukan manusia ke arah kebaikan Bumi. Mereka memperjuangkan soal isu memelihara alam sekitar bagi kemudahan generasi akan datang. Pada tahun ini 2015 tema Earth Hour ialah untuk memerangi …

Penangan Chicken Pox Kali Ke – 2

Aku selalu tersalah sebut penyakit chicken pox (demam campak) dengan chicken chop. Mungkin lapar barang kali. Chicken pox ni sejenis penyakit kulit pada satu badan yang boleh menyebabkan gatal-gatal dan demam panas yang tak terhingga. Kalau korang tengok mesti geli geleman. Kepada sesiapa yang terkena chicken pox ni bawak la banyak bersabar anggap jer lah sebagai …

Pengenalan mohdnorzali.com

Selamat tahun baru 2015. Ini adalah post yang pertama pada tahun 2015 ini buat blog mohdnorzali.com. Aku rasa sesuai dimulakan dengan pengenalan kepada blog mohdnorzali.com terutama kepada pembaca baru tidak dilupakan pembaca lama blog ini. Supaya anda semua biasa dengan mohdnorzali.com. Selamat datang diucapkan. Blog ini adalah blog peribadi aku, di sinilah tempat aku menulis apa-apa …

Resolusi Tahun 2015

Tinggal beberapa minit jer lagi akan berakhirnya tahun 2014 dan akan bermulanya Tahun Baru 2015. Sudah menjadi kebiasaan asal nak tahun baru jer mula la masing-masing berazam. Kadang-kadang azam tu dibawa dari tahun lepas kerana tak tercapai lagi. Tahun 2014 ni bagi aku sangat mencabar. Begitu juga dengan negara kita Malaysia. Diduga dengan bermacam-macam dugaan seperti …

Sokongan dan Bantuan Terhadap Mangsa Banjir

Sekali lagi negara kita yang tercinta Malaysia diduga. Kali ini dengan musibah banjir yang dahsyat di Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak, Perlis dan sekarang telah menular ke Johor. Paras banjir yang tinggi sehingga boleh menenggelamkan sekolah, rumah dan laluan utama. Kerosakan pada tempat tinggal, kenderaan dan harta benda penduduk setempat. Aku hanya dapat melihat di kaca TV sahaja. …