Applikasi Prudential BSN Takaful Bahagian 1

Zaman sekarang ni boleh dikatakan semua orang mempunyai telepon pintar tidak kira android mahupun mac os.

Bila dah ada telepon pintar ataupun tablet, kebiasaannya kita mesti suka memuat turun applikasi dari Google Play ataupun Apple Store. Tujuan utama aplikasi ini adalah untuk memudahkan urusan seharian kita.

Prudential BSN Takaful juga tidak ketinggalan dan telah menghasilkan dua (2) aplikasi yang pasti dapat membantu anda dalam kehidupan seharian. Applikasi ini tidak terhad kepada pelanggan Prudential BSN Takaful. Sesiapa pun boleh memuat turun applikasi ini secara percuma.

Applikasi pertama yang saya mahu kongsikan ialah

PruBSN Insan

PruBSN Insan

Applikasi ini lebih fokus kepada penganut yang beragama Islam.

PruBSN Insan berupaya berfungsi sebagai reminder untuk waktu solat tidak kira di mana jua anda berada. Lokasi anda berada akan dikesan secara automatik asalkan tetapan GPS anda aktif. Setiap kali waktu solat subuh, zohor, asar, maghrib dan isyak masuk, PruBSN Insan akan ingatkan anda dengan bunyi azan ataupun bunyi notifikasi.

Bila nak solat terutamanya tempat baru PruBSN Insan juga boleh membantu untuk menentukan arah kiblah.

Seeloknya Solat berjemaah itu lebih baik daripada solat berseorangan dan lebih afdal ditunaikan di masjid. PruBSN Insan boleh membantu anda untuk mencari lokasi masjid berdekatan.

Kalendar juga ada dibekalkan oleh PruBSN Insan. Tidak dapat dinafikan kita lebih biasa dengan kalendar masihi. Kalendar PruBSN Insan dibekalkan dengan kalendar Islam dan masihi beserta perayaan utama umat Islam.

Quran juga disertakan untuk bacaan tetapi tafsir tidak disediakan.

Anda juga boleh mengira Zakat pendapatan anda di PruBSN Insan. Pendapatan yang kita dapat bukanlah seratus peratus milik kita. Ada juga bahagian orang lain. Oleh itu, marilah kita sama-sama tunaikan zakat.

Harap-harap perkongsian saya kali ini dapat membantu dan memudahkan anda menunaikan kewajipan sebagai umat Islam.

Leave a Reply

CommentLuv badge