Cara Pembayaran Prudential BSN Takaful

Pertama sekali tahniah saya ucapkan kepada anda yang sudah mempunyai pelan perlindungan takaful.

Kali ini saya mahu berkongsi dengan anda cara-cara untuk membuat pembayaran bulanan premium takaful anda.

Adalah amat penting untuk anda memastikan bayaran takaful anda dilakukan tepat pada masanya sebab jika dibiarkan lama sehingga nilai ‘cash value pun kering, polisi takaful anda akan tamat (lapsed). Ini akan menyusahkan anda untuk membuat tuntutan suatu hari nanti.

Pelanggan diberi banyak pilihan untuk melakukan bayaran sama ada melalui potongan kad kredit mahupun pembayaran secara terus kepada Prudential.

Pembayaran di cawangan

Pergi sahaja di mana-mana cawangan Prudential seluruh Malaysia dan anda boleh ke kaunter untuk melakukan pembayaran secara:

  1. Tunai
  2. Cek
  3. Kad Kredit

Pembayaran perbankan internet

Layari sahaja internet melalui telefon pintar anda terus ke portal perbankan internet seperti cimbclick atau maybank2u. Pilih bayar bil dan pilih Prudential.

Pembayaran automatik

Cara pembayaran ini boleh dibuat melalui potongan secara langsung dengan kad debit anda atau pun kad kredit anda.

Pembayaran online PruBSN

Layari laman web PruBSN

Pembayaran melalui PruBSN online

Masukkan nombor polisi takaful (boleh rujuk dekat medical kad,buku polisi ataupun Pru Touch)

Masukkan nombor kad pengenalan beserta kekerapan caruman anda sama ada bulanan atau tahunan.

Selepas itu anda boleh membuat pembayaran secara kad kredit/kad debit ataupun perbankan internet.

 

Cara lebih mudah anda juga boleh membuat bayaran melalui Pru Touch.

Anda boleh baca di sini untuk tahu lebih lanjut mengenai Pru Touch.

Pastikan anda sudah mendaftar terlebih dahulu.

Selepas Log In Pru Touch anda boleh pergi ke tab contribution dan pilih online contribution payment.

Pembayaran melalui Pru Touch

Pilih polisi anda dan masukkan number of installment satu dan proceed ke pay.

Anda akan terus dibawa ke laman web untuk melakukan pembayaran sama ada melalui kad kredit/kad debit ataupun perbankan internet.

Selamat melakukan pembayaran.

Leave a Reply

CommentLuv badge