Baby Fair di Lazada

Kebiasaannya kami sekeluarga gemar ke Baby Fair sama ada di Shah Alam mahupun di PWTC untuk mendapatkan bekalan barang barang bayi dengan harga yang murah untuk kegunaan sendiri.

Selain itu kami juga memilih untuk membeli barangan keperluan bayi bila ada jualan murah di SOGO ataupun jualan gudang yang di anjurkan oleh jenama bayi seperti Pureen.

Mulai 23/11 sehingga 27/11 telah diadakan jualan murah baby fair di alam maya atas talian iaitu di Lazada.
Banyak kelebihan membeli belah di Lazada ni antaranya:

  1. Tidak perlu bersesak-sesak ke baby fair dengan orang yang ramai.
  2. Boleh membeli-belah dari rumah hanya menggunakan applikasi Lazada di telepon pintar ataupun terus ke laman web Lazada.
  3. Harga di jamin murah dan berpatutan dengan banyak diskaun.
  4. Jenama barang-barang baby yang terkenal dan berkualiti tinggi.
  5. Barang yang dibeli akan dihantar terus ke rumah anda dengan kadar yang segera.

Meh sini aku senaraikan barang-barang bayi yang boleh di beli di Lazada.

Pampers

Pampers adalah salah satu barang asas yang perlu ada untuk baby ni melainkan anak anda dah pandai pergi tandas sendiri.

Pampers ni banyak jenis. Jenis yang menjadi pilihan aku ialah pampers pants maksudnya pampers yang macam seluar tinggal nak sarung jer mudah lebih-lebih lagi untuk anak yang lasak dan cergas.
Harganya memang lagi mahal kalau nak dibandingkan dengan jenis diapers. Tetapi memang berbaloi. Jenama pilihan aku ialah Huggies.

Susu Formula

Nasihat aku kalau boleh susukan anak tu dengan susu badan sehingga berumur 2 tahun. Baru la antibodi anak kita power.

Sekarang ni Aira Zahraa’ dah berumur 2 tahun 4 bulan. Kami dah mula beri susu formula selang seli dengan susu badan.
Susu formula aku pakai keluaran Dutch Lady Curious. Anak aku ni jenis yang makan semua. Harap-harap cukup la khasiat untuk tumbesaran.

Kepada anak-anak yang hanya minum susu jer boleh la cuba Pediasure. Pediasure ni memang mahal kerana dalam formulanya lengkap dengan macam-macam khasiat.

Baby Stroller

Baby stroller ni memang penting kalau kita nak bawang anak kita jalan-jalan tak adala nak berdukung jer.

Elok beli jenis yang mudah nak dibawa maksudnya senang dilipat dan disimpan baru la senang nak bawa kapal terbang ataupun kereta.

Car Seat

Car Seat ni memang penting kalau kita nak bawa baby jalan-jalan naik kereta. Kena biasakan sejak kecil.

Banyak berita kita dengar kemalangan kereta melibatkan baby yang tak duduk di Car Seat. Car Seat ni sama pentingnya dengan Seat Belt.

Dengar cerita nanti undang-undang akan mewajibkan penggunaaan Car Seat ni.

Permainan budak

Budak-budak penuh dengan imaginasi. Diorang seperti berada di dalam dunia mereka sendiri.

Aku suka tengok keletah anak-anak ketika bermain. Bagi aku sebagai ibu bapa lagi elok kita belikan permainan seperti set memasak daripada kita berikan gadjet kepada anak kita yang masih kecil kerana takut kesan sampingannya jika tidak dibendung dan dipantau.

Selamat membeli belah di LAZADA.

Leave a Reply

CommentLuv badge