Hutang Pendidikan dengan MARA

Alhamdulillah akhirnya selesai satu lagi hutang yang membelenggu kehidupan ini.

Terima kasih MARA kerana menjadi salah satu penyumbang dari segi kewangan untuk aku mendapatkan segulung Ijazah Sarjana.

Iya pada zaman sekarang ini kita memang tak dapat lari daripada membuat hutang. Nak belajar pun kena berhutang. Bila dah berhutang tu sudah menjadi kewajipan kita untuk melangsaikan hutang supaya kelangsungan dana pendidikan itu dapat digunakan oleh generasi seterusnya.

Islam sendiri menekankan peri pentingnya berkenaan hutang ini.

Berkenaan dengan MARA setelah selesai sahaja pengajian anda boleh la serah diri dekat pejabat MARA untuk urusan pembayaran.

Masa tu juga anda boleh terus memohon untuk pengurangan. Pihak MARA akan mengeluarkan jadual pembayaran untuk setiap bulan dan bayaran boleh dibuat secara atas talian ataupun melalui mesin ATM atau CDM.

Bagi yang sudah memulakan pembayaran anda boleh semak baki bayaran di eBaki. Hanya perlu daftar dengan menggunakan nombor kad pengenalan.

Anda memang bertuah kerana sekarang ini sehingga 31 Disember 2016, MARA memberi diskaun pengurangan sebanyak 50% sempena sambutan 50 tahun penubuhan MARA.

Pemberian Insentif MARA

Pemberian Insentif MARA

Anda boleh memohon di atas talian di insentif50 MARA. Hanya perlu masukkan nombor kad pengenalan beserta akaun MARA. Isikan maklumat yang diperlukan seperti alamat, nombor telefon, emel dan peringkat pengajian. Anda juga perlu memuat naik salinan sijil yang telah disahkan dan tekan hantar.

Tidak berapa lama setelah anda memohon secara atas talian, jika anda layak MARA akan email kepada anda notis permohonan anda berjaya. Setelah berjaya langkah seterusnya adalah membayar baki pinjaman secara sekaligus iaitu lump sump dalam jangka masa 3 bulan daripada tarikh surat permohonan anda berjaya.

Kalau ada duit yang banyak boleh la anda bayar secara tunai ataupun melalui perbankan internet.

Aku memilih pilihan alternatif iaitu membayar dengan pengeluaran akaun 2 KWSP.

Caranya anda perlu mendapatkan perjanjian hutang pendidikan dengan MARA beserta dengan surat yang menunjukkan baki terkini pinjaman anda.

Jalan mudah pergi sahaja ke pejabat MARA bahagian pinjaman bawa sekali penyata terkini akaun KWSP anda. Isi sahaja borang dan pihak MARA akan menyediakan dokumen yang dikehendaki oleh pihak KWSP untuk membuat pengeluaran pendidikan akaun 2.

Bila dah dapat semua dokumen yang diperlukan anda boleh kelangkah terakhir iaitu pergi sahaja ke pejabat KWSP yang berhampiran untuk membuat permohonan pengeluaran.

Anda akan dimaklumkan melalui surat mengenai status pengeluaran pendidikan anda.

Selamat membayar hutang

4 Responses to “Hutang Pendidikan dengan MARA”
  1. Hello November 24, 2016
    • mohdnorz November 25, 2016
  2. Aizuddin January 6, 2017
    • mohdnorz January 6, 2017

Leave a Reply

CommentLuv badge