Agen Prudential BSN Takaful Sedia Berkhidmat

prudential-bsn-takaful

Assalamualaikum dan salam sejahtera!

Semoga anda dan orang tersayang sentiasa di bawah rahmat dah perlindunganNya. Sememangnya kita sentiasa bermohon kepada Allah agar sentiasa menjauhi dan memelihara kita daripada segala musibah. Namun, sebagai manusia,kita tidak dapat lari dari diuji.

Firman Allah swt:
Patutkah Manusia menyangka bahawa Mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami Beriman”, sedang mereka tidak diUji (dengan sesuatu Cubaan)? Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terDahulu daripada mereka, maka (dengan Ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya Beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang Berdusta. (Al-‘Ankabuut 2,3)

Baginda Rasulullah juga ada berpesan kepada kita sebagai umatnya supaya ingat lima (5) perkara sebelum datang lima (5) perkara. Kita akhirnya ketemu juga dengan perkara-perkara yang dimaksudkan. Usahlah kita merasa begitu bongkak dan takbur dengan pesanan ini seolah-olah ianya tidak ada kait mengait dengan kita. Lima (5) perkara yang lengkap untuk kita menyedari betapa kita tidak sekuat mana sebagai manusia berbanding selalu engkar dan cuai terhadap kekuasaan Allah SWT.

Diriwayatkan oleh at-Tirmidzi dan Muslim daripada Amru bin Maimun R.A.,
Pada suatu hari Rasullullah S.A.W telah menyampaikan pengajarannya kepada seorang lelaki, dengan sabdanya yang bermaksud:  “Rebutlah peluang lima perkara sebelum datang lima perkara yang lain, iaitu masa muda engkau sebelum datangnya hari tua, masa sihat engkau sebelum dilanda sakit, masa kaya engkau sebelum jatuh papa, masa lapang engkau sebelum datangnya waktu sibuk, dan masa hidup engkau sebelum datang saat kematian.”

Berbalik kepada peringatan dan ikhtiar bagi meneruskan kehidupan di dunia yang penuh mencabar ini, di kesempatan ini, saya ingin berkongsi tentang kepentingan dan keperluan Takaful bagi meringankan beban disaat ujian melanda dan dihimpit kesusahan.  Semoga kita sama-sama mendapat manfaat dan sedikit sebanyak membuka minda tentang pentingnya berusaha merancang masa depan dan tidak berputus asa dari nikmat dan pertolongan yang Allah limpahkan kepada kita.

Kita hanya mampu merancang, berdoa dan bertawakkal. Sebaik-baik perancang adalah Allah SWT. Semoga dikurniakan kepada kita sebaik-baik perjalanan di dunia ini bagi menuju Jannah yang kekal abadi.

Insyaallah …

Yang Ikhlas Bertugas..
Mohd Norzali Bin Zulkifli
Prudential BSN Takaful
Al-Isra Associates Sdn Bhd
Tel: +6012-9070381


Email: mohdnorzaliz@gmail.com


Website: www.mohdnorzali.com

FREE Quotation

FREE Quotation

Leave a Reply

CommentLuv badge