Pengalaman Makan di KFC Caltex Coalfields

Ternyata pengiklanan di TV memang berkesan lagi-lagi iklan KFC. Terus mengalir air liur.

Lepas kerja terus bergegas ke KFC Saujana Utama dengan harapan dapat la merasa menu terbaru KFC iaitu Cheezy Onion Crunch.

Sampai jer di sana alangkah terkejutnya den boleh pula masa ni la dia nak buat renovation. Dari rumah tadi dah memang pasang niat nak makan KFC juga.

Dekat bandar Sungai Buloh ada tiga cawangan KFC tetapi dari Saujana ni makan masa 30 minit juga. Nasib baik isteri aku ingatkan dekat kawasan Desa Coalfields KFC baru buka. Dari Saujana baru 7 minit.

Kami pun bergegas ke sana. Ramai pula orang kat sini. Maklum la malam Jumaat esok cuti. Semua pakat makan kat luar. Sampai ayam pun habis. Kena tunggu lagi 30 minit. Mahu tak mahu kena la juga tunggu.

Bila makanan sudah terhidang aku pun perhati perbezaan menu baru ni dengan menu kebiasaan.

Ooh rupanya ayam masih sama yang membezakan pencicahnya iaitu cheezy onion yang disediakan secara berasingan. Aku ingatkan dia salut sekali dengan ayam.

Cheezy onion tu memang sedap sehingga menjilat jari. Kombinasi yang serasi dengan ayam. Cuma kuantiti cheezy onion tu perlu ditambah lagi sebab kejap jer habis tapi ayam masih banyak lagi.

Overall memang sedap la. Aku suka dengan KFC sekarang yang rajin melakukan eksperimen dengan menu baru. Sekali-sekala kena juga lari dari kebiasaan untuk mengelakkan kebosanan dan jemu.

Sekarang ni Gegar Vaganza telah berlangsung dan KFC adalah salah satu sponsor bersama. Bagi aku memang langkah yang bijak. Lagi-lagi masa pengkritik tengah komen kita boleh nampak dengan jelas sebucket KFC di atas meja.

Teruskan KFC menyediakan santapan ayam yang terbaik mampu milik bagi penduduk Malaysia.

KFC Cheezy Onion Crunch

Leave a Reply

CommentLuv badge