Kad Touch n Go Buat Hal

Sudah sebulan berlalu sejak kenaikan harga parking kereta di kawasan Kuala Lumpur. Selalunya aku membayar parking dengan hanya menggunakan apps JomParking.

Kadar Parkir di Kuala Lumpur

Kadar Parkir di Kuala Lumpur

Mudah dan senang. Tak perlu turun ke bawah untuk memasukkan duit syiling ke dalam mesin parking. Hanya di hujung jari saja. Buka apps Jom Parking dan masukkan nombor plate kereta beserta kawasan parking dan tempoh parking.

Seperti yang aku ceritakan melalui post yang lepas berkenaan mesin baru parking DBKL, selain bayar parking dengan menggunakan apps dan duit syiling, kita juga boleh membayar dengan menggunakan kad Touch n Go di mesin.

Cuma selalunya pilihan bayaran menggunakan kad Touch n Go ni masih belum boleh digunakan. Suatu hari tu aku terlihat notifikasi di mesin bayar parking yang menyatakan kad Touch n Go sudah boleh digunakan.

Kebetulan masa tu baki token dalam apps Jom Parking sudah habis. Aku ni pun gatal tangan suka mencuba benda yang baru. Aku pun sentuh kad Touch n Go kat mesin tu untuk membayar parking. Aku ikut jer arahan yang dinyatakan di mesin tersebut.

Bila aku nak confirmkan jer tiba-tiba keluar arahan yang menyatakan kad aku tu tak sah. Aik pelik aku rasanya baki masih banyak lagi. Aku tak puas hati. Jadi aku cuba lagi beberapa kali namun hasilnya tetap sama lalu aku cuba dekat mesin yang lain pula tapi tetap sama tak boleh.

Jadi terpaksa la aku tambah nilai dekat apps Jom Parking dan bayar parking macam biasa.

Habis kerja aku pun bergegas pulang melalui lebuh raya DUKE. Sampai dekat tol aku pun masuk laluan Smart Tag dengan penuh yakin. Alangkah terkejutnya beruknya aku sebab tersangkut dekat situ. Dekat palang tu dia cakap kad aku tidak sah.

Argh sudah getus hati aku. Masa peak hour ni pula sangkut. Padahal pagi tafi elok jer. Terpaksalah aku tekan butang panggil staff tol. Staff tu cakap kad aku ni ada masalah. Argh sudah pagi tadi elok jer. Memandangkan aku tak ada kad lain aku bayar jer wang tunai RM 2.50.

Aku masih tak puas hati lepas ni aku akan melalui Tol Jalan Duta pula. Aku nak cuba lagi dan hasilnya aku sangkut lagi. Kali ni aku pakai jer My Card (kad pengenalan). Lepas tu berhenti sebentar di stesen minyak Shell untul tambah nilai RM10.

Staff tol tu cakap mungkin kad aku ni rosak ataupun ada masalah dengan pihak bank sebab kad Touch n Go aku ni berhubung dengan Kredit Kad.

Keesokan harinya aku pun telefon Customer Service Touch n Go di talian +603-2714 8888 untuk makluman lebih lanjut. Kad Touch n Go aku memang tiada masalah dengan bank maka memang sudah pastilah kad aku jadi begitu disebabkan mesin bayar parking.

Sekarang ini aku perlu bawa kad Touch n Go aku tu ke Customer Service Center yang berhampiran sama ada di Pusat Touch n Go atau pun di Tol tertentu. Nak dipendekkan cerita aku pun bawa kad aku ke Tol Mex Highway. Dekat situ memang ada service center sebelum tol.

Akhirnya kad Touch n Go aku berfungsi seperti biasa dan aku memang fobia nak bayar lagi mesin parking menggunakan kad Touch n Go kerana betul-betul menyusahkan.

P/S: Dengar cerita lepas ni caj kesesakan pula akan dilaksanakan.

4 Responses to “Kad Touch n Go Buat Hal”
  1. Amran October 9, 2016
  2. Kin October 29, 2016
    • mohdnorz October 31, 2016

Leave a Reply

CommentLuv badge