Rancang Perjalanan Balik Kampung

Hari Raya hampir kunjung tiba. Warga kota sudah mula membanjiri jalan raya untuk pulang ke kampung sejak hari Jumaat yang lalu.

Masing-masing tidak sabar untuk bertemu ibu bapa tercinta di samping rindu dengan suasana kampung halaman yang aman damai dan tenang jauh dari kesibukan hutan konkrit.

Tahun ini kita mempunyai banyak pilihan untuk cuti raya yang panjang dek kerana hari raya yang bakal jatuh pada hari rabu. 

Kali ini aku ingin berkongsi tip-tip persiapan sebelum dan semasa pulang berhari raya:

  1. Pastikan kondisi kenderaan anda pada tahap yang paling terbaik. Minyak hitam sudah diganti, tayar cukup angin dan bermacam-macam lagi. Senang cerita bawa la ke bengkel yang anda percaya untuk cek kereta anda secara menyeluruh. Pada pemerhatian aku kebanyakan masalah yang dihadapi semasa pulang ke kampung ialah kereta overheat lebih-lebih lagi semasa waktu kemuncak jalan raya sesak dengan kenderaan.
  2. Rancang perjalanan anda. Perancangan termasuk waktu untuk bertolak dan jalan yang hendak kita lalui. Aku suka bertolak pada awal pagi selepas waktu subuh kerana pada waktu tu aku berasa paling segar. Kalau boleh elakkan bertolak pada waktu malam kerana waktu malam ni secara fitrahnya memang waktu kita tidur. Selain itu pandangan mata kita pun terbatas.
  3. Gunakan TRAVELSMARTER untuk merancang perjalanan anda. Travelsmarter dapat membantu anda memilih jalan yang paling pantas untuk sampai ke destinasi anda lengkap dengan anggaran tempoh perjalanan termasuk kos minyak dan toll.

    Travelsmarter

  4. Sebelum masuk ke jalan utama, pastikan tangki minyak kereta diisi penuh (full tank) dan top-up kad tambah nilai touch n go anda. Percayalah tips ini dapat melancarkan perjalanan anda kerana pada musim perayaan, kawasan rehat R&R tidak kira kecil atau besar akan dibanjiri sehingga tempat parking pun penuh.
  5. Berhenti ketika mengantuk. Memandu kereta ini memerlukan konsentrasi 100%. Leka sedikit pun tidak boleh. Kalau dah minum redbull berbotol-botol pun masih rasa mengantuk, eloklah rasanya berhenti sebentar dan tidur seketika melainkan anda ada pemandu kedua.
  6. Memandu kereta secara berkhemah. Beri signal ketika hendak menukar lorong. Bukan susah pun pakai jari kelingking pun boleh. Pemandu lain bukan ada kuasa telepati untuk membaca fikiran anda. Senang cerita jangan menyusahkan pengguna jalan raya yang lain. Elakkan menggunakan lorong kecemasan untuk memotong kenderaan lain. Perkara ni sudah menjadi viral pun. Selain membahayakan penunggang motosikal ia juga dapat menghalang pasukan kecemasan seperti ambulan untuk sampai ke lokasi kemalangan dengan kadar segera.

Dikesempatan ini aku ingin mengucapkan selamat berpuasa dan selamat hari raya.

Pandu cermat jiwa selamat. Ingatlah orang tersayang.

Leave a Reply

CommentLuv badge