Membeli Belah Hari Raya

Jam menunjukkan pukul 9 pagi. Misi hari ni nak pergi ke Jalan TAR dan beli persiapan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri seperti baju raya dan kelengkapan penyeri rumah.

Sebagai pengguna yang bijak, kita kena la survey terlebih dahulu. Bandingkan harga barang dengan kedai yang lain. Berbaloi tak beli dengan harga yang ditawarkan. Walaupun mengambil masa tetapi percayala ianya berbaloi.

Jam 10.30 pagi kami tiba di lokasi. Cabaran pertama nak pergi tempat tumpuan orang ramai ni sudah pastilah nak berebut tempat parking.

Tempat parking kegemaran aku sudah tentu di SOGO. Namun tiba saja di sana, pintu parking sudah di tutup. Terpaksalah aku dipesongkan ke parking alternatif di bangunan CIMB berhadapan dengan SOGO dengan kadar parking sejam RM3.

Tanpa membuang masa, kami terus ke Houz Depot berhadapan dengan bangunan MARA dan PERTAMA COMPLEX. Dengar cerita dekat situ ada jualan gudang untuk hari raya.

Jualan Gudang Raya

Nak dipendekkan cerita kat sini aku nak senaraikan barang panas yang boleh dibeli dengan kadar penjimatan yang tinggi.

  1. Pelbagai pilihan baju melayu dengan baju kurung dengan hanya RM30
  2. Baju baby aneka pilihan dengan hanya RM5
  3. Balang kuih raya cantik-cantik belaka hanya RM25
  4. Permaidani pelbagai saiz ketebalan mai dari Nilai 3 dengan kadar harga mampu milik bawah RM100

Carpet Carpet Banyak Murah Lawa-Lawa

Bila dah ada dekat kawasan Jalan TAR ni rugi kalau tak singgah SOGO. Pasaraya tahap LEGEND.

SOGO Pun Jualan Murah

    Bila dekat SOGO ni isteri aku la yang paling arif tentang selok belok lubuk emas. Aku serahkan 100% kepada beliau untuk menyelesaikan urusan membeli belah.

    Manakala aku dengan Aira Zahraa’ pula turut serta dengan kelab ayah mithali yang lain. Tersadai di kedai-kedai minyak wangi dan alat solek sementara menunggu isteri tercinta selesai urusan.

    Aira Zahraa’ jom belanja selfie

    Sedar-sedar jam dah menunjukkan pukul 4 petang. Perut pun dah mula memainkan alunan keroncong disulami dengan musik heavy metal. Petanda suruh pulang tu lagi pun mahu mengelakkan kesesakan lalu lintas. 

    Selamat berpuasa dan selamat membeli belah. Hujung minggu ni mungkin Kuala Lumpur lengang memandangkan ramai yang sudah pulang ke kampung halaman.

    Leave a Reply

    CommentLuv badge