JomParking

Kebiasaannya bila lokasi tempat kerja anda di kawasan shop lot, sudah pasti anda dikehendaki membayar parking kereta anda.

Jika ingkar, anda akan dikenakan kompaun oleh majlis perbandaran di kawasan tersebut. Kompaun minima boleh dikenakan sebanyak RM50 sebelum rayuan atau diskaun dan boleh menjangkau sehingga RM100 jika tidak dilunaskan dengan kadar segera. Pembayaran boleh di buat di majlis perbandaran ataupun menggunakan MYeg.

Berdasarkan pengalaman aku bekerja selama ini memang tidak dapat dielakkan lokasi tempat kerja berada di kawasan shop lot.

Semasa aku bekerja di Shah Alam, kaedah yang digunakan untuk membayar parking ialah dengan membeli kupon di kedai yang menjadi agen.

Selepas itu goreskan saja maklumat yang dikehendaki seperti tarikh, masa dan nombor pendaftaran kereta seperti gores dan menang. Kupon tersebut hendaklah dipaparkan di dashboard kereta. Satu kupon untuk sejam.

Satu lagi kaedah ialah dengan membeli pas bulanan dan hanya perlu tampal di kereta.

Sekarang ini aku bekerja di kotaraya Kuala Lumpur. Sekali lagi lokasi tempat kerja aku di kawasan shop lot. Cuma kali ini, di setiap kawasan ada ditempatkan mesin untuk membayar parking.

Mesin Bayar Parking

Mesin Bayar Parking

Pada tahun 2016 ni, sistem pembayaran parking sudah semakin maju. Banyak pilihan diberikan kepada tuan kenderaan untuk membayar parking dengan lebih mudah dan efisien.

Selain pembayaran di mesin secara tradisional dengan menggunakan duit syiling, kini anda juga boleh membuat bayaran dengan menggunakan kad sentuh dan bla (Touch & Go).

Paling aku kagum, kalau anda rasa cara pembayaran seperti di atas masih leceh dan menyusahkan, anda boleh menggunakan cara seterusnya iaitu dengan menggunakan apps di telefon pintar anda.

Nama apps tersebut ialah JomParking. Anda hanya perlu muat turun aplikasi tersebut dan daftar kata pendahuluan dan kata kunci. Beli token secara atas talian melalui online banking ataupun kad kredit. Masukkan nombor pendaftaran kereta dan masukkan kawasan anda parking beserta tempoh anda parking. Bayar menggunakan token yang anda beli tadi. Semuanya hanya menggunakan telefon pintar anda.

JomParking ini sangat menyenangkan kerana setelah selesai pembayaran anda tidak perlu meletakkan bukti pembayaran di dashboard kereta. Pihak berkuasa tahu anda sudah menjelaskan pembayaran dengan hanya menyemak nombor pendaftatan kereta anda.

Selain itu aplikasi JomParking ini juga akan memberikan peringatan sekiranya tempoh parking anda hampir tamat. JomParking ini hanya boleh digunakan di kawasan Lembah Klang.

2 Responses to “JomParking”
  1. Khairul Zamri May 22, 2016
    • mohdnorz May 31, 2016

Leave a Reply

CommentLuv badge