Peperiksaan Online Pegawai Tadbir Diplomatik M41

Pada tanggal 19 January 2016, aku berpeluang untuk menjawab peperiksaan secara atas talian untuk jawatan kerajaan pegawai tadbir diplomatik (PTD) M41.

Pegawai Tadbir Diplomatik M41

Pegawai Tadbir Diplomatik M41

Ini adalah pengalaman yang pertama buat aku. Mungkin bagi sesetengah orang peperiksaan online ini adalah acara tahunan. Pada hari tu aku pulang lebih awal dari kebiasaan untuk menyiapkan diri untuk peperiksaan ini.

Peperiksaan ini bermula tepat jam 8 malam. Peperiksaan ini terbahagi kepada 2 bahagian 50 soalan iaitu:

  1. Bahagian A – Pengetahuan Am
  2. Bahagian B – Daya menyelesaikan masalah

Setiap bahagian mengambil masa 40 minit sahaja. Sudah pasti memerlukan kepantasan semasa menjawab soalan dan pada masa yang sama jawapan itu hendaklah betul.

Tepat jam 8 malam aku pun memulakan bahagian A. Soalan pertama pun dah menyebabkan aku termenung. Soalan itu berkenaan hak milik strata. Pada masa tu dalam kepala aku dah terbayang iklan yang selalu ditayangkan di tv.

Antara soalan yang aku ingat untuk bahagian A ini adalah mengenai dasar pemerintahan negara, berkenaan dengan ASEAN dan berkenaan dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Sedar tak sedar masa yang diperuntukkan untuk bahagian A pun tamat. Rasa kejap betul. Masa bertenang diberikan selama 15 minit. Boleh la menunaikan solat Isyak sebelum bahagian seterusnya.

Dalam 8.55 malam bahagian B pun bermula. Bahagian B ni lagi memeningkan kepala daripada bahagian A. Lebih kurang setiap soalan diperuntukkan hanya seminit sahaja.

Walaupun bahagian B ni bukannya soalan Ad Math, hampir semuanya matematik moden namun aku ni yang sudah begitu lama tak memegang kalkulator tetap terkial-kial menekan butang kalkulator sepantas yang mungkin.

Bagi aku masa memang mencemburui aku. Soalan yang aku rasa tak sempat tu aku tembak sahaja dengan harapan tembakan itu tepat.

Akhirnya selesai juga. Rasanya dah lama juga aku tak menggunakan otak aku untuk berfikir. Aku berasa puas hati sebab dah memberikan yang terbaik. Ada rezeki boleh ke peringkat seterusnya.

Leave a Reply

CommentLuv badge