Keselamatan Keutamaan Bersama

Baru-baru ini aku kena menghadiri kursus yang dikelolakan oleh lembaga pembangunan industri pembinaan Malaysia (CIDB).

Kursus ini diwajibkan kepada pemohon Green Card. Green Card ini adalah kad akses untuk kita masuk ke tapak pembinaan untuk membuat kerja.

Selain sebagai memenuhi tuntutan undang-undang, Green Card juga melindungi tuannya jika terlibat dengan kemalangan dengan memberikan perlindungan insuran.

Jadi topik utama semasa kursus ini sudah pastilah mengenai keselamatan di tapak pembinaan.

Penyampaian yang menarik dan bersahaja daripada trainer membuatkan aku tidak berganjak dari tempat duduk aku. Banyak yang aku dapat belajar daripada pengalaman beliau.

Sekali-sekala penyampaian diselitkan dengan video pendek yang menarik dan juga sesi soal jawab. Safety is all about common sense. Takde yang kompleks yang menjadi sulit apabila kita melanggar arahan SOP. Sibuk nak siap kerja dalam keadaan cepat dengan mengikut short cut sehingga keselamatan diri terabai.

Daripada kursus ini ada beberapa perkara yang dapat aku simpulkan tentang soal keselamatan tidak kira lah di mana kita berada hatta ketika di rumah sekalipun.

1. Patuhi lambang amaran bahaya.

Aku sering kali melihat pemandu kereta terutamanya ketika di stesen minyak tidak mempedulikan langsung lambang amaran. Selamba jer tidak mengikut arahan.

Enjin kereta tidak dimatikan dan semasa pam minyak berbual di hp. Perbuatan itu adalah sangat berbahaya dan boleh menyusahkan pengguna lain.

image

Simbol Keselamatan

2. Gunakan peralatan keselamatan

PPE iaitu Personal Protective Equipment perlulah digunakan semasa membuat kerja. Sebagai contoh ketika memotong rumput pastikan pakai gogel untuk melindungi mata.

3. Berhati-hati ketika membuat sesuatu.

Apa yang aku maksudkan di sini ialah sebagai contoh ketika kita gunakan tandas terutama tandas duduk, jangan sesekali menyangkung di atas mangkuk tandas tersebut kerana ianya adalah terlalu merbahaya. Silap hari bulan punggung boleh terbelah.

Sepanjang kursus tersebut sambil dengar mulut ni sibuk la mengunyah karipap. Sekali tu trainer tu tunjuk gambar kemalangan di tapak pembinaan, nasib baik tak tersembur karipap tu. Insaf sekejap bila tengok gambar tu. Gambar tu memang aku tak akan kongsikan di blog ini. Aku jamin korang tak lalu makan lepas ni.

Mesej yang aku nak sampaikan mudah iaitu utamakan keselamatan di mana jua anda berada. Lagi-lagi musim cuti sekolah ini, ramai orang ambil peluang ini untuk pulang ke kampung ataupun bercuti.

Berhati-hati lah di jalan raya. Cukup lah kita belajar erti keselamatan daripada pengalaman orang lain. Don’t learn from the hard way. Selamat bercuti.

10 Responses to “Keselamatan Keutamaan Bersama”
  1. qiya June 4, 2015
    • mohdnorz June 4, 2015
  2. Uncle Zuan June 6, 2015
    • mohdnorz June 6, 2015
  3. Hero Borneo June 6, 2015
    • mohdnorz August 24, 2015
  4. Khairul Zamri August 26, 2015
  5. Junaidy Jaimi December 20, 2015
  6. Khairul Zamri May 27, 2016

Leave a Reply

CommentLuv badge