Spotify Premium dengan Maxis

Spotify adalah sejenis aplikasi yang digunakan untuk melayan lagu kegemaran anda sama ada online ataupun offline.

Apa yang menariknya spotify ini memudahkan anda jika buntu asyik melayan playlist lagu yang sama berulang kali sehingga hafal.

Spotify menyediakan lagu dari era dahulu kala sehinggalah zaman sekarang. Bila tengah duduk rehat tu tiba-tiba rasa nak dengar lagu Mewangi daripada Hakim & Majistret, on spotify dan search mewangi terus boleh layan.

Sekarang untuk pengguna Maxis, anda berpeluang menggunakan Spotify Premium secara percuma dengan syarat anda kena ada data plan sekurang-kurangnya 1GB. Promosi ni hanya sehingga 31 July 2015

image

Cara untuk mengaktifkan akaun spotify:

1. Launch MyMaxis App
2. Tekan banner promosi spotify
3. Register (pastikan masa ni guna data plan bukan wifi)
4. Launch spotify dan login (spotify boleh download dekat google app store)

Apa yang best dengan spotify ni?
Terlalu banyak pilihan lagu disediakan.
Kita boleh buat playlist sendiri dengan menyusun lagu kegemaran anda.

Pelbagai lagu disediakan dengan pelbagai genre dan mood. Jika tengah PMS boleh la dengar lagu yang sesuai.

Antara genre yang ada:
1. Malay
2. Pop
3. Rock
4. RnB
5. Blues
6. Classical
7. K-Pop
8. J-Pop

Jika anda ingin mengimbau masa lampau, layan jiwang dan merehatkan minda bolehla mendengar lagu kegemaran di spotify.

Bolehla buat playlist karaoke anda. Masukkan lagu rock kapak. Layan.

Leave a Reply

CommentLuv badge