Permohonan Akaun Google Adsense Diluluskan

Baru-baru ini Google Adsense telah menambah Bahasa Melayu bahasa kebangsaan kita sebagai salah satu bahasa yang disokong oleh Google Adsense.

Aku pun apa lagi terus mohon. Maklumla sebelum ni kena guna Bahasa Inggeris baru layak memohon. Tak lama lepas aku mohon tu kejap jer pihak Google balas. Argh sudah kena tolak pula permohonan aku alasannya bahasa yang digunakan di blog aku ni tidak disokong oleh pihak Google Adsense.

Unsupported Language: We’ve found that the majority of your site’s content is in a language we do not currently support. Right now, we’re only able to offer language support and ad targeting for the languages listed in this help article. If you manage or own another site in one of our supported languages, feel free to resubmit your application as described below. While we look forward to supporting your language, we don’t yet have a date as to when AdSense will be available for you. If you’d like to stay up-to-date with the languages we support, please feel free to check back with us at the above link.

Eh apa ke loklak. Hari tu kata boleh. Ni tak boleh pula. Aku pun bermonolog dalaman. Mungkin Bahasa Melayu yang aku guna dalam blog ni tak cukup baku kot barangkali. Tidak menepati piawaian Dewan Bahasa dan Pustaka.

Aku pun dengan rasa tak puas hati terus melontarkan apa yang tersirat di hati di forum Google Adsense. Dan perbualan itu berlaku seperti di screen shot di bawah:

Perbualan di forum Google Adsense

Perbualan di forum Google Adsense

Bagi aku Google Adsense ni adalah salah satu aksesori yang setiap blogger wajib ada. Orang kata dengan Google Adsense ni boleh jana pendapatan yang lumayan.

Selepas mendapat maklum balas daripada forum Google Adsense tu aku pun terus mohon lagi. Masuk kali ke-3 baru permohonan aku diluluskan.

Bila lulus jer terus pacak iklan Google Adsense dekat blog ni. Mekanisme jana pendapatan dengan Google Adsense ni adalah melalui pay per click (PPC). Maksudnya bila ada orang lawat blog kita sama ada sengaja atau tersesat, bila dia klik jer iklan yang dipaparkan maka secara automatik kita akan dapat ganjarannya.

Prosesnya memang mudah namun sebenarnya percayalah amat sukar sekali. Pakar-pakar blogger kat luar sana pun banyak kali cakap dekat blog dengan Facebook. Memang tidak mudah tapi tidak mustahil. Kena ada cara yang betul.

Cabarannya kena ada ramai pelawat berkunjung kepada blog kita. Selepas itu, pelawat tersebut kena tertarik untuk menekan iklan Google Adsense di blog kita. Semuanya perlu dilakukan dengan ikhlas tanpa paksaan daripada sesiapa.

Amaran pakcik Google ni banyak pantang larangnya. Yang paling dia pantang sekali ialah kita klik sendiri iklan Google Adsense tersebut. Silap haribulan akaun Google Adsense kita boleh kena tarik balik. Menganga terlopong la anda.

Aku hanya mampu berkongsi cara yang mudah untuk meletakkan iklan Google Adsense di blog anda iaitu dengan menggunakan plugin Quick Adsense.

Selebihnya anda perlulah belajar sendiri daripada yang pakar-pakar belaka. Jika berminat anda boleh merujuk kepada bro ni dia memang pakar. Boleh belajar dari beliau melalui link di bawah ni:

Agak-agaknya bila lah dapat cashout Google Adsense ni.

13 Responses to “Permohonan Akaun Google Adsense Diluluskan”
  1. ohcikgu April 14, 2015
  2. Khairul Zamri April 19, 2015
  3. Jia Rizaira May 14, 2015
  4. sabree hussin September 6, 2015
  5. Sync December 15, 2015
    • mohdnorz January 25, 2016
  6. DLSL January 25, 2016
    • mohdnorz January 26, 2016
  7. Khairul Zamri June 11, 2016
    • mohdnorz October 8, 2016

Leave a Reply

CommentLuv badge