Gemuk is Awesome

Tension dengan pelbagai urusan menyebabkan aku mencari solusi untuk mengurangkan atau menghilangkan terus stress itu.

Salah satu caranya adalah dengan membuatkan diri ini tergelak dalam kadar yang terkawal. Untuk membuatkan aku tergelak maka sudah pasti pelawak adalah insan yang paling sesuai.

Aku selalu layan Maharaja Lawak Mega dan antara kumpulan kegemaran aku ialah Bocey. Baru-baru ini pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) untuk kategori pelakon komedi lelaki popular telah dimenangi oleh Abam dari kumpulan Bocey mengalahkan calon lain seperti Zizan Razak dan Jep Sepahtu.

Apa yang menarik perhatian aku ialah tagline semasa ucapan kemenangan iaitu ‘GEMUK IS AWESOME’. Setelah keluar sahaja tagline tersebut pelbagai tanggapan yang kita dapat lihat di media sosial sama ada positif mahupun negatif.

Gemuk is awesome

Gemuk is awesome

Pada pandangan aku tagline dari Abam ini memberi inspirasi kepada golongan yang berbadan besar untuk berjaya. Gemuk bukanlah alasan ataupun halangan kepada seseorang untuk berjaya. Abam telah membuktikan pada malam ABPBH tersebut bahawa walaupun beliau berbadan besar, beliau juga ada aset dan senjata yang mampu meruntun hati peminat untuk sama-sama gelak guling-guling melihat telatah beliau.

Namun ada juga yang beranggapan bahawa tagline tersebut boleh memakan diri kerana golongan yang berbadan besar akan terus begitu kerana berada dalam zon selesa dan tidak mahu berubah.

Perubahan fizikal memang tidak mudah untuk dilakukan dalam sekelip mata. Berubah daripada gemuk kepada kurus boleh mengambil masa yang agak lama. Memerlukan disiplin yang tinggi. Semangat waja diri yang tinggi untuk memotivasikan diri supaya berubah.

Bukan senang untuk mengubah cara hidup ke arah kebaikan. Lebih-lebih lagi kita sudah hidup dengan cara itu berpuluh tahun lamanya. Bak kata orang tua ‘melentur buluh biarlah dari rebungnya’. Namun kadang kala kita perlu mengubah persepsi ini. Dah jadi buluh pun kena dilenturkan demi kebaikan diri sendiri.

Apakah penanda ukur yang menunjukkan bahawa anda gemuk selain daripada pandangan fizikal. Body mass index (BMI) adalah penanda ukur samada anda obesity, overweight, normal atau underweight. BMI ni mengira lemak pada badan anda dengan bergantung kepada berat dan tinggi anda.  Boleh rujuk di sini untuk mengira sendiri BMI anda.

Berbalik kepada isu gemuk ataupun obesiti. Kenapa anda perlu ambil peduli pasal isu ini dan sebab kenapa anda perlu berusaha untuk kurus. Antara sebabnya ialah:

  1. Semasa gemuk gadis selalu panggil anda comel. Cuba bayangkan bila anda kurus gadis akan memanggil anda abang kacak ataupun abang sado. Maka peluang anda untuk mendapatkan gadis idaman anda semakin tinggi. Namun semua itu bergantung juga kepada jodoh.
  2. Jika tubuh badan anda sudah mengecil, maka sudah tidak timbul lagi masalah anda untuk mendapatkan pakaian yang anda gemarkan selama ini. Tiada lagi isu tak ada saiz ataupun tak muat.
  3. Jika anda kurus, pergerakan anda tidak akan terbatas lagi. Anda mudah bergerak dan stamina anda makin tinggi. Maka banyak perkara yang dahulu rasa sukar untuk dilakukan tetapi sekarang tidak lagi.
  4. Jika anda mengecil dan sihat, peratusan anda untuk terkena penyakit seperti kencing manis dan serangkai dengannya dapat dikurangkan.

Bila kita dah tetapkan matlamat kita sebab kenapa kita perlu mengurangkan berat badan barulah kita bermotivasi untuk ke langkah seterusnya iaitu operasi mengurangkan berat badan.

Antara langkah-langkah yang aku tahu berdasarkan pengalaman melihat sendiri di depan mata rakan-rakan aku yang dahulunya gemuk dapat mengurangkan berat badan dengan jayanya ialah

  1. Kurangkan makan nasi. Dekat Malaysia ni nasi memang makan ruji bagi rakyat Malaysia. Nasi juga adalah salah satu penyumbang kadar kolestrol yang tinggi.
  2. Amalkan gaya hidup yang sihat. Antaranya ialah lepas makan janganlah sesekali tido. Bagi makanan hadam dahulu. Selain itu, jangan malu jangan segan turunlah bersukan seperti jogging, main futsal dan main badminton. Bagi anda yang berbadan besar untuk permulaan jika anda bermain futsal jadilah penjaga gol terlebih dahulu. Bila dah mula kurang berat badan boleh lah beralih ke posisi pertahanan sehinggalah menjadi penyerang. Paling penting kena ada keyakinan yang tinggi dan jangan malu.
  3. Rujuk kepada yang pakar seperti Kevin Zahri. Mamat ni dah seperti cikgu fitness untuk rakyat Malaysia. Dengan Kevin Zahri anda boleh belajar dengan cara yang betul untuk menurunkan berat badan. Jadi tak adalah anda membahayakan diri sendiri dengan ubat dan makanan tambahan yang mungkin tidak sesuai dan berbahaya kepada anda. Perlu diingat juga anda tidak boleh menurunkan berat badan secara drastik kerana berbahaya kepada kesihatan anda. Kevin Zahri ada menyediakan ebook dan video sebagai panduan kepada anda yang ingin mengurangkan berat badan. Ada juga disertakan cerita kejayaan daripada peserta lain untuk memotivasikan anda untuk kurangkan berat badan.

Degar cerita Abam pun dah memasang niat untuk mengurangkan berat badan sebanyak 60kg. Jika Abam boleh anda pun boleh. Paling penting matlamat kena jelas dan apa cara pun yang anda lakukan untuk kurus perlu dilakukan secara berterusan. Nanti bila dah dapat hasil yang anda mahukan pasti anda sendiri berasa bangga dan dapat hidup dengan lebih cergas dan sihat.

Selain untuk kurangkan berat badan Kevin Zahri ni pun boleh mengajar anda untuk menambahkan berat badan dan juga menjadikan badan anda sado seperti Zul Ariffin.

Aku pula lain ceritanya. Aku ni underweight. Makan kuat tapi berat badan memang tak nak naik. Aku pun tengah berusaha untuk mendapatkan berat badan yang ideal.

Hidup sihat badan cergas. Jom lari.

Leave a Reply

CommentLuv badge