Cameron Highland Weekend Gate away

Cameron Highland adalah salah satu tempat percutian yang menjadi kegemaran aku. Aku obses betul dengan Cameron Highland. Kalau aku kaya memang dah lama dah aku beli tanah kat sana. Antara sebab kenapa aku sering berkunjung ke Cameron Highland kerana cuacanya yang sejuk, ladang teh yang hijau, strawberry yang segar bugar dan sayur-sayur yang pelbagai jenis.

Minggu ni tanpa dirancang isteri aku mengajak aku pergi ke Cameron Highland. Lepas siap kemas-kemas terus gerak. Perjalanan mengambil masa kira-kira 3 jam. Aku ikut jalan lama exit Tapah.

Jalan nak mendaki Cameron Highland ni memang mencabar. Jalan sempit dan bengkang-bengkok. Kereta tak banyak sangat cuma sekali-sekala bila ada lori dekat depan memang terus terbantut kelancaran trafik. Aku pun tak berani sangat nak memotong. Bila rasa betul-betul tak ada kereta barulah memintas lori tersebut.

Sabtu

Kali ini kami menginap di Hotel Jasmine terletak di Brinchang. Lokasi hotel ni memang strategik berdekatan dengan Tanah Rata. Trademark nak cari hotel ni senang jer berdekatan dengan KFC.

Hotel Jasmine Cameron Highland

Hotel Jasmine Cameron Highland

Ingatkan bukan musim cuti sekolah ini orang tak ramai. Tanggapan aku salah sama sekali kerana kebanyakan hotel dekat kawasan Brinchang ni semua full house. Nasib baik aku cepat sikit dapat la tempat untuk bermalam.

Pada pandangan aku Hotel Jasmine ni memang berpatutan. Selesa lepastu ada tv beserta channel fox tv boleh layan movie best begitu juga wifi percuma. 4 bintang untuk hotel ni.

Lepas check in jer terus terjah Restoran Idaman. Betul-betul bersebelahan dengan Hotel Jasmine. Restoran ini menghidangkan masakan thailand. Aku puas hati semua masakannya sedap-sedap belaka. Maaf gambar tak sempat tangkap kerana terlalu lapar.

Memandangkan sampai pun dah nak kul 6. Maka hari ni tak sempat nak pergi ladang strawberry. Balik rehat malam nak pergi pasar Brinchang.

Aku jalan kaki jer dari hotel ke pasar. Sampai jer sana orang dah ramai berduyun-duyun. Dekat pasar ni ada macam-macam dijual seperti sayur, strawberry, teh, cenderahati, baju bundle dan macam-macam lagi.

Aku paling suka beli cendawan dengan broccoli goreng. Makan masa sejuk-sejuk memang terbaik. Selain itu ubi madu dengan jagung manis juga melengkapkan lagi menu.

Ahad

Kul 7 pagi terus gerak pergi ladang teh BOH. Jalan nak pergi ladang teh ni memang mencabar. Jalannya kecik jer sebab tu elok gerak awal pagi untuk mengelakkan bertembung dengan kereta lain. Ladang teh mula dibuka pada pukul 8.30 pagi.

Dekat ladang teh BOH tu boleh la pergi melawat kilang buat teh sambil belajar tentang sejarah penubuhan BOH. Dekat situ juga ada disediakan pusat jualan barangan keluaran BOH seperti teh uncang BOH dan teh BOH 3 in 1. Harga memang berpatutan jauh lebih murah daripada pasaraya.

Kami pun bersarapan di Ladang Teh BOH. Menikmati teh BOH tarik dengan makan sandwich sambil menghirup udara segar dan menikmati pemandangan ladang teh yang mendamaikan.

Ladang Teh BOH barulah 'ummph'

Ladang Teh BOH barulah ‘ummph’

Lepas jer checkout hotel destinasi terakhir sebelum bertolak pulang ialah Red Big Strawberry Farm. Dekat sini kita boleh petik sendiri strawberry yang kita inginkan.

Selesai sudah untuk makluman semua tempat yang aku lawati ini berdekatan sahaja dengan kawasan hotel. Jadi aku memang syorkan untuk sesiapa yang nak pergi Cameron Highland untuk menginap di Brinchang. Senang nak makan dan gerak ke kawasan yang menjadi tumpuan ramai.

Selamat tinggal Cameron Highland

Seronok Aira main bunga

Seronok Aira main bunga

P/s: Selain tempat yang aku nyatakan di atas, ada tak lagi tempat yang menarik di Cameron Highland?

Leave a Reply

CommentLuv badge