Buat Duit Dengan Google Adsense

Kebiasaannya bila ada kelapangan ataupun tengah boring, aku akan meluangkan masa untuk skodeng orang dekat Facebook.

Sibuk baca status, link post yang menarik dan juga video yang menarik yang dikongsikan oleh rakan-rakan cyber yang lain.

Scroll punya scroll sekali ada status Facebook ni yang menarik minat aku. Aku dah lupa nama insan yang post status tersebut. Status bro tersebut mengenai Google Adsense kini support Bahasa Melayu.

Aku pun macam tak percaya lalu aku sendiri turun padang melawat laman sesawang google adsense. Terkejut beruk la aku, memang terbukti google adsense support blogger yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai medium bahasa komunikasi. Korang sendiri boleh tengok dekat screen short di bawah.

image

Kini Google Adsense menyokong Bahasa Melayu

 

Kenapa google adsense ni menarik minat aku? Senang cerita semua benda yang boleh buat duit akan menarik perhatian aku melainkan MLM. Lebih-lebih lagi dengan keadaan ekonomi sekarang yang tak setabil. Perlaksanaan GST, harga minyak yang tak menentu dan kejatuhan nilai wang ringgit Malaysia. Itu baru sedikit aku listkan faktor-faktor yang menyumbang kepada kenaikan kos sara hidup.

Boleh dikatakan sekarang ni dah wajib ada sumber kewangan yang kedua selain kerja makan gaji. Maka gamaknya buat duit dengan google adsense ni memang peluang buat duit yang ditunggu-tunggu.

Aku takdelah pakar tentang google adsense ni. Selalu la aku dengar orang berjaya buat duit dengan google adsense ni. Aku pasti kata-kata aku ni pasti menarik perhatian korang. Google Adsense bayar pakai matawang USD. Bila convert ringgit Malaysia korang kira sendiri la berapa boleh dapat. Banyak tu.

Sebelum ni menjadi kekangan dekat blogger nak apply google adsense ni sebab kalau anda tak guna bahasa indonesia ataupun bahasa inggeris jangan harap permohonan anda akan lulus.

Tahun 2015 ni google adsense dah buka peluang untuk pengguna blogger yang menggunakan bahasa melayu. Apa tunggu lagi cepat daftar. Kalau tak ada blog pun cepat pergi buat. Kalau tak tau gak atau blur mengenai google adsense ni, macam mana nak apply, macam mana nak buat duit dengan google adsense dan pelbagai lagi persoalan yang tak terpikir di akal.

Korang boleh la rujuk kepada yang pakar di bawah:

Update:
Pantas betul google buat kerja. Permohonan google adsense aku dah kena reject. Alasannya blog aku tak guna bahasa yang di support oleh google adsense.

Pelik gak aku. Kata support Malay. Kena tulis pakai bahasa baku kot baru lepas.

Ps: Ada sapa-sapa lepas mohon google adsense pakai bahasa melayu?

2 Responses to “Buat Duit Dengan Google Adsense”
  1. sabree hussin September 8, 2015

Leave a Reply

CommentLuv badge