12 Hari Menuju Earth Hour

Earth Hour ni simboliknya dalam masa sejam segala tenaga elektrik akan dimatikan untuk menandakan sokongan terhadap Earth Hour.

Earth Hour ini adalah gerak sedunia daripada WWF untuk untuk menyatukan manusia ke arah kebaikan Bumi. Mereka memperjuangkan soal isu memelihara alam sekitar bagi kemudahan generasi akan datang.

Pada tahun ini 2015 tema Earth Hour ialah untuk memerangi cabaran alam sekitar yang semakin berleluasa berkadar langsung dengan taraf kemajuan teknologi iaitu isu perubahan tahap iklim di dunia (climate change). Kita sendiri dapat rasa sejak dua menjak ini cuaca tidak menentu kejap panas kejap sejuk.

Antara cadangan yang diperhebatkan sudah tentu penggunaan teknologi hijau. Isu ini sudah lama dibincangkan dan aku sendiri sudah melihat teknologi hijau semasa pameran teknologi hijau di KL Convention Centre baru-baru ini. Kalau tak silap aku nama pameran tu IGEM – Internation Greentech & Eco Product.

Sibuk membantu pihak kilang untuk meningkatkan energy efficiency

Sibuk membantu pihak kilang untuk meningkatkan energy efficiency

Antara teknologi yang diketengahkan sudah pasti penggunaan tenaga solar untuk menjana tenaga elektrik. Bagi aku penggunaan tenaga solar untuk kegunaan rumah masih tidak releven oleh kerana kos yang tinggi. Walaupun lebihan tenaga elektrik yang dijana boleh dijual semula kepada pihak TNB namun kos pemasangan tetap tinggi dan return of investment (ROI) mengambil masa yang terlalu lama.

Apa yang menarik perhatian aku ialah konsep rumah hijau yang diterapkan oleh Panasonic daripada kereta, pintu masuk sehinggalah segala peralatan elektrik di dalam rumah.

Kereta elektrik yang menarik perhatian aku ialah keluaran Nissan iaitu Leaf. Memang cantik dan elegant. Rasa nak angkat sebiji. Rasa cool jer bila tenaga habis charge jer bateri. Hanya perlu dicas macam main kereta Tamiya pakai bateri charge. Cuma kat Malaysia ni stesen nak charge tu tak banyak lagi. Kena charge siap-siap kat rumah. Bateri penuh baru boleh pergi jauh. Tak adalah nanti masalah pula macam smartphone memanjang jer bateri nak habis. Tapi itu kira ok lagi sebab ada power bank. Tak kan kereta elektrik pun nak bawak power bank kan.

Kereta Hijau Toyota

Kereta Hijau Toyota

Selain itu, ramai pihak bergiat untuk memastikan segalanya hijau dengan menggunakan pelbagai bahan raw material yang mesra alam untuk menggantikan bahan yang sedia ada di pasaran.

Contohnya selalunya plastik dibuat daripada bahan kimia akan digantikan dengan cellulase iaitu bahan yang bila kita buang plastik itu secara automatik plastik itu akan menjadi reput.

Berbalik kepada kempen Earth Hour ini, ia akan dijalankan di seluruh dunia pada tanggal 28 March 2015 pada pukul 8.30 malam waktu tempatan.

Anda semua dijemput untuk bergelap selama sejam. Jangan ngade-ngade nak buat yang bukan-bukan dalam tempoh ni. Gunakanlah masa bergelap ini untuk selami hati kenali diri tingkatkan prestasi kurangkan kontroversi.

Earth Hour 12 hari lagi

Earth Hour 12 hari lagi

8 Responses to “12 Hari Menuju Earth Hour”
  1. Noriza Rahman March 18, 2015
    • mohdnorz March 18, 2015
  2. Khairul Zamri March 22, 2015
    • mohdnorz March 25, 2015
  3. guliroket March 28, 2015
  4. 3lalat March 29, 2015
    • mohdnorz April 3, 2015

Leave a Reply

CommentLuv badge