Pikat Hati Lelaki Idaman

Bagi sesetengah pihak soal perkahwinan adalah salah satu isu yang boleh dikategorikan sebagai sensitif. Lebih-lebih lagi kepada golongan wanita yang masih belum berkahwin dan usianya sudah hampir mencecah 30 tahun.

Namun bagi lelaki yang masih belum berkahwin, isu ini tidak menjadi masalah bagi mereka. Bak kata pepatah “Life start at 40”. Makin tua makin berisi. Makin laku. Tapi tidak bagi kaum hawa. Lagi-lagi golongan lelaki idaman yang mereka impikan semakin berkurangan dan semakin sukar untuk dicari. Selalunya macam dalam drama Melayu yang dah berpunya tula juga sibuk nak masuk jarum macam la yang bujang tak ada. Bunga bukan sekuntum. Kumbang bukan seekor.

Suami idaman?

Suami idaman?

Melalui pemerhatian aku, ada beberapa faktor yang menyebabkan golongan perempuan sukar untuk mendirikan rumah tangga.

1. Terlalu memilih

Terlalu memilih ini dah menjadi lumrah. Semua orang kalau boleh nak kan pasangan yang sempurna cukup serba-serbi macam dalam filem Suamiku Encik Perfect 10. Antara ciri-ciri lelaki idaman wanita seperti rupa paras yang kacak, berharta dan sebagainya. Kalau nak diceritakan memang sampai bila pun tak habis. Tapi perlu diingatkan di sini, perkahwinan itu sendiri adalah saling lengkap melengkapi di antara pasangan.

2. Terlalu sibuk dengan kerjaya

Kerjaya nombor satu. Hal lain suma soal ke dua. Terlalu sibuk sehinggakan tiada masa walaupun sedikit untuk diluangkan untuk mencari ataupun mengenali bakal jodoh. Jodoh memang ketentuan tuhan. Namun tiada salahnya jika kita berusaha untuk mendapatkan yang terbaik untuk kita. Kahwin ini kalau boleh hanyalah sekali. Kita mahu yang terbaik untuk menghabiskan masa kita sama ada susah atau senang bersama pasangan kita sehingga ke akhir hayat.

3. Sukar untuk didekati

Selalunya isu sukar untuk didekati ini timbul bila wanita itu mempunyai kerjaya yang lebih bagus daripada kebanyakan golongan lelaki. Lelaki memang takut untuk mendekati atau memikat wanita yang mempunyai kerjaya yang hebat dan berpendapatan lebih tinggi. Dalam soal ini wanita itulah yang perlu memainkan peranan sama ada untuk menerima lelaki yang lebih rendah pendapatannya ataupun mencari yang sama taraf dengan mereka. Dua-dua tidak salah cuma bila dah memilih tu pandai-pandai lah memainkan peranan untuk memastikan rumah tangga yang dibina terus bahagia. Kalau dah jodoh tak ke mana. Pusing-pusing situ juga.

Perkahwinan adalah proses penyatuan di antara lelaki dan wanita. Orang kata bina masjid. Bila dah kahwin ini lengkap dah separuh agama.

Aku berani jamin semua wanita lebih-lebih lagi yang masih belum berkahwin mesti mempunyai lelaki idaman yang mereka mahu jadikan sebagai suami mereka. Sebagai ketua keluarga mereka. Sebagai bakal bapa kepada anak mereka. Sebagai peneman mereka sehingga akhir hayat.

Mungkin ada yang dah ada calon siap dah kenal dalam masa panjang ataupun pendek. Mungkin ada juga yang menanam minat tapi masih memendam perasaan itu tanpa pengetahuan pihak yang satu lagi.

Jika anda mencari-cari ilmu kaedah dan cara untuk memikat lelaki idaman anda tidak kiralah sudah kenal ataupun hanyalah sekadar secret admire sahaja, maka PikatLelaki.com lah jawapannya.

Wanita memang terkenal dengan sifat pemalunya. Mungkin anda berasa malu untuk bertanyakan rakan-rakan mahupun keluarga mengenai cara-cara untuk memikat lelaki idaman. Tidak salah untuk anda berusaha untuk mendapatkan pasangan hidup idaman anda. Anda tidak perlu risau dilabel sebagai “Bagai perigi mencari timba”. Oleh itu, PikatLelaki.com adalah cara yang paling berkesan untuk menjawab segala persoalan yang terbuku diminda tanpa perlu berasa malu.

PikatLelaki.com ini menyediakan segala panduan dan rujukan yang disediakan untuk membantu para wanita di luar sana bagi mendapatkan lelaki idaman di luar sana. Jangan risau cara yang diajarkan sangat halus tapi tidak melanggar hukum syarak seperti nasi kangkang dan minyak dagu.

Jika anda sudah fikir habis-habisan sila ke laman berikut sebagai langkah pertama menuju fasa kehidupan seterusnya:

>>> PIKATLELAKI.COM <<<

2 Responses to “Pikat Hati Lelaki Idaman”
  1. Khairul Zamri March 22, 2015
    • mohdnorz March 25, 2015

Leave a Reply

CommentLuv badge