Penangan Chicken Pox Kali Ke – 2

Aku selalu tersalah sebut penyakit chicken pox (demam campak) dengan chicken chop. Mungkin lapar barang kali. Chicken pox ni sejenis penyakit kulit pada satu badan yang boleh menyebabkan gatal-gatal dan demam panas yang tak terhingga. Kalau korang tengok mesti geli geleman. Kepada sesiapa yang terkena chicken pox ni bawak la banyak bersabar anggap jer lah sebagai dugaan.

Hari ni masuk hari ke – 5 aku menghidap chicken pox buat kali ke – 2. Masa mula-mula kena tu, aku pun tak percaya. Usia ni dah meningkat tua dah nak masuk 3 series tak kan la kena chicken pox lagi. Pada pengetahuan aku, chicken pox ni boleh kena sekali jer masa kecik-kecik dulu. Bila dah kena tu automatik badan ni dah imun dengan chicken pox ni, boleh hasilkan antibody untuk lawan virus chicken pox ni. Namun sangkaan aku ternyata meleset. Bini aku sendiri seorang doktor yang berkaliber termasuk adik beliau bakal menjadi doktor dalam tahun ini telah mengesahkan positif yang aku dah terkena chicken pox dan secara langsung dikenakan kuarantin dan dijauhkan daripada orang awam terutamanya Aira Zahraa’. Takut-takut berjangkit.

Chicken Pox - geram jer tengok rasa nak pecahkan.

Chicken Pox – geram jer tengok rasa nak pecahkan.

Rabu hari tu jumpa doktor panel dapat la medical leave sampai hari Jumaat. Tanda-tanda nak kena chicken pox ni mudah jer. Kalau korang perasan dekat badan korang ada bonjol-bonjol kembung berair ataupun bernanah ditambah pula kenaikan suhu badan yang luar biasa maka anda dah terkena chicken pox la tu.

Pantang larang chicken pox ni kalau nak cepat sembuh jangan la sesekali garu atau pecahkan gelembung dekat kulit tu dengan sengaja. Nanti bentan lambat sembuh. Tidak dinafikan masa mula-mula gelembung ni nak keluar, memang terasa teramatlah gatal dan miang. Badan pun rasa panas yang amat. Ikutkan hati nak jer ambik jarum pecahkan gelembung-gelembung tu. Masalahnya bila dah pecah terasa lagi pedih terutama bila kena air.

Ibu aku pesan nak bagi chicken pox ni cepat keluar semua elok minum air kelapa muda. Sedap pun sedap. Sejuk pun sejuk. Lega rasanya. Lepas tu jangan ngada-ngada masa ni nak mengidam makan makanan yang boleh menyebabkan gatal seperti udang dan yang sewaktu dengannya. Baju pun kena asing tak boleh campur dengan baju orang lain.

Doktor yang aku jumpa tu bekalkan aku dengan ubat-ubat seperti paracetamol untuk demam, medovir untuk anti-virus, chlorpheniramine untuk gatal dan chloramin ubat sapu. Aku ni dah la jenis yang liat makan ubat, mahu tak mahu kena la juga menatap ubat ni hari-hari. Chlorpheniramine ni bila lepas makan pasti mengantuk.

Sepanjang cuti ni, awal-awal tu memang terbaring jerla menahan kepanasan dan kegatalan. Nak keluar rumah memang tak boleh. Karang bertempiaran orang melarikan diri. Sekarang ni sementara nak menunggu gelembung hilang sepenuhnya, banyak masa aku dihabiskan melihat movie di HBO dan Star Movies. Cerita korea juga tidak dapat dilupakan. Sempat la layan My Love From Another Star sampai habis 20 episod.

Sekarang ni, Alhamdulillah gelembung-gelembung ni banyak yang dah pecah dan kering. Habis gak satu badan aku kena. Dari atas kepala sampai la hujung kaki. Muka aku yang kacak seperti pelakon Korea telah bertukar menjadi ganas. Lepas ni, mesti banyak parut terutama dekat muka dan badan. Demam memang dah tak ada yang tinggal cumalah gelembung yang masih belum pecah.

Aku berterima kasih dekat ibu aku yang sanggup menjaga aku saat susah macam ni. Walaupun risiko untuk berjangkit tu tinggi namun tanpa gagal hari-hari ibu akan sapukan ubat dekat badan aku ni. Ibu aku paling legend. Chicken pox ni ibu aku dah kena 3 kali dah. Semoga ibu aku sihat sentiasa dan murah rezeki. Aku ni memang banyak menyusahkan ibu aku dari bujang sampailah dah kahwin. Aku sayang dekat ibu aku.

NOTA KAKI

  • Hari ni nak jumpa doktor lagi. Nak suruh dia cekkan chicken pox aku ni sama ada esok dah boleh masuk kerja ke belum lagi. Rasanya sah-sah dapat MC lagi. HR siap pesan kat aku dapat pengesahan doktor dulu baru masuk kerja. Takut la tu berjangkit dengan aku maklum la HR satu tingkat dengan aku hahahaha gelak jahat.
8 Responses to “Penangan Chicken Pox Kali Ke – 2”
  1. Lina Aryani May 9, 2017
    • mohdnorz June 14, 2017
  2. Ahmad June 22, 2017
    • mohdnorz June 23, 2017
  3. md suhaimi June 30, 2017
    • mohdnorz October 23, 2017
  4. EDDY August 19, 2017
    • mohdnorz October 23, 2017

Leave a Reply

CommentLuv badge