Closed Deal dengan Pengiklan di Advertorial.my

Di blog ini saya sering menceritakan pengalaman saya tentang buat duit dengan blog dengan menggunakan khidmat portal advertorial.my.

Anda boleh baca secara lebih lanjut mengenai advertorial.my di sini: http://mohdnorzali.com/tag/advertorial-my/

Cuma kali ini saya nak lebih fokus dengan cara untuk close deal dengan pengiklan di Advertorial.my.

Tapi sebelum itu anda perlulah mendaftar terlebih dahulu di advertorial.my untuk mendapat peluang didekati oleh para pengiklan yang rakus mencari blogger yang berpotensi untuk membantu mereka mewar-warkan produk dan perkhidmatan mereka kepada orang ramai.

Daftar di Advertorial.my

contoh advertiser yang berminat

contoh advertiser yang berminat

Jika setelah anda mendaftar dengan advertorial.my dan anda telah mendapat email persis seperti di atas. Maka peluang anda untuk menjana pendapatan dengan blog buat kali pertama dengan advertorial.my adalah semakin cerah. Anda selangkah sahaja lagi.

Namun jangan mudah mendabik dada dan lalai kerana peluang ini bakal hilang sekilas pandang sahaja jika anda tidak berjaya meyakinkan pengiklan bahawa andalah blogger yang mereka cari selama ini.

Kemahiran closed deal sangat penting pada saat ini begitu juga dengan nasib. Nasib juga memainkan peranan. Namun anda perlu berusaha supaya nasib menyebelahi anda. Anda perlu paham bahawa email pertama ini hanya minat yang ditunjukkan oleh pengiklan untuk mendapatkan khidmat anda. Mereka masih belum menyatakan bahawa mereka telah sebulat suara bersetuju untuk mendapatkan khidmat anda.

Apa yang perlu anda buat untuk menambat hati pengiklan?

1. Ceritakan serba sedikit mengenai blog anda iaitu apa yang anda selalu tulis seperti anda selalu bercerita mengenai bidang sukan dan sebagainya. Jika anda yakin mengenai page view dan page rank anda ceritakan. Itu adalah kekuatan anda dan statistik itu boleh menyokong harga yang anda letakkan untuk mendapatkan perkhidmatan anda.

2. Nyatakan perkhidmatan utama yang anda sediakan iaitu menulis review di blog anda dengan terperinci seperti berapa patah perkataan. Berapa lama post itu akan disiarkan diblog anda.

3. Tetapkan harga yang munasabah untuk mendapatkan perkhidmatan anda. Beritahu juga cara bayarannya.

Jangan sesekali meletakkan harga yang di luar akal melainkan anda memang otai.

Berdasarkan pengalaman saya, closed deal dengan pengiklan ini juga adalah nasib sebenarnya. Pernah saya membalas sebut harga untuk perkhidmatan saya, terus pengiklan itu tidak membalas email saya. Barangkali harga yang diletakkan di luar budget pengiklan.

Perkhidmatan yang boleh ditawarkan kepada pengiklan tidak terhad kepada penulisan review sahaja, pengiklanan seperti banner juga boleh ditawarkan

Jika anda mendapat maklum balas positif daripada pengiklan yang berminat untuk ke peringkat seterusnya, barulah anda tawarkan pakej tambahan kepada pengiklan.

Bila dah dapat job daripada Advertorial.my ni nasihat saya buatlah sehabis baik. Kalau boleh kita buat lebih daripada yang kita tawarkan. Barulah pengiklan-pengiklan di luar sana sayang kepada anda. Silap hari bulan mereka akan datang kembali kepada anda untuk mendapatkan perkhidmatan anda.

Semoga tips yang saya kongsikan ini dapat memberi gambaran serba sedikit mengenai portal Advertorial.my.

Selamat mencuba.

 

 

7 Responses to “Closed Deal dengan Pengiklan di Advertorial.my”
  1. myrujukan January 12, 2015
    • mohdnorz January 13, 2015
  2. Hanafi Abdullah January 12, 2015
    • mohdnorz January 13, 2015
  3. adarain January 13, 2015
    • mohdnorz January 13, 2015
  4. Aretikz January 18, 2015

Leave a Reply

CommentLuv badge