Rawatan Air Bersih

Air bersih adalah salah satu elemen yang terpenting dalam kehidupan manusia. Air bersih digunakan sebagai sumber minuman utama, proses pembersihan, proses memasak dan pelbagai lagi fungsi.

Tanpa air bersih manusia mudah terdedah dengan pelbagai wabak penyakit seperti E.coli. Segala urusan kehidupan juga akan tergendala. Lihat betapa pentingnya air bersih ini.

Terutama semasa musibah banjir ini, kita dapat lihat mangsa-mangsa banjir sukar untuk mendapatkan sumber air bersih.

Jadi sama-samalah kita hargai air bersih yang kita perolehi saban hari tanpa putus.

Di sini saya mahu bercerita serba sedikit mengenai Proses Rawatan Air Bersih:

Process Rawatan Air Bersih

Process Rawatan Air Bersih

Coagulation

Air dari gunung, empangan dan sebagainya di rawat dengan mencampurkan Aluminium Sulphate,  Al2(SO4)3 (Alum) ke dalam air untuk membentuk ketulan kecil yang melekat (floc) yang dapat menarik kotoran dan sebagainya.

Ketulan ini (floc) lama kelamaan akan menjadi besar dan terus membesar.

Sedimentation

Ketulan (floc) yang telah menjadi berat akan termendap ke bawah. Manakala air selebihnya akan bergerak ke proses seterusnya.

Filtration

Air akan melalui filter yang besar yang diperbuat daripada pasir, batu dan arang. Proses ini akan mempastikan kotoran yang tertinggal dan hidupan microorganisme dapat ditapis.

Disinfection

Proses ini akan membunuh bakteria yang tertinggal selepas proses filtration. Sedikit Chlorine akan digunakan sebagai agen pembasmi bakteria.

Storage

Akhirnya air yang betul-betul bersih ini akan disimpan dan disalurkan kepada pengguna menerusi laluan paip.

 

Sudah menjadi lumrah, kita hanya mahukan yang terbaik untuk tumbesaran anak yang tersayang dan juga untuk diri kita sendiri. Walaupun air ini sudah bersih, di rumah selalunya air ini akan melalui satu lagi proses penapisan untuk menghilangkan segala keraguan.

Jom saksikan video di bawah, di mana Bill Gates meminum air yang telah di rawat dari sisa kumbahan dengan menggunakan teknologi Janicki Omniprocessor.

Hargailah air bersih di rumah anda. Elakkan pembaziran.

6 Responses to “Rawatan Air Bersih”
  1. Noor Azlin @ Bizznurse January 8, 2015
    • mohdnorz January 8, 2015
  2. Ikhwan Fahmi January 8, 2015
    • mohdnorz January 8, 2015
  3. akubiomed January 10, 2015
    • mohdnorz January 11, 2015

Leave a Reply

CommentLuv badge