Resolusi Tahun 2015

Tinggal beberapa minit jer lagi akan berakhirnya tahun 2014 dan akan bermulanya Tahun Baru 2015. Sudah menjadi kebiasaan asal nak tahun baru jer mula la masing-masing berazam. Kadang-kadang azam tu dibawa dari tahun lepas kerana tak tercapai lagi.

Tahun 2014 ni bagi aku sangat mencabar. Begitu juga dengan negara kita Malaysia. Diduga dengan bermacam-macam dugaan seperti kehilangan MH370 dan tragedi banjir yang luar biasa. Aku juga diduga dengan bermacam-macam cabaran.

Tahun 2014 ni setahun aku telah mendirikan rumah tangga dan Alhamdulillah aku telah bergelar seorang ayah, dikurniakan seorang anak perempuan yang comel. Namun dalam kehidupan ini ada pasang surutnya, aku diduga dengan kehilangan pekerjaan tetap aku selama tiga tahun berkhidmat. Aku betul-betul berterima kasih di atas sokongan isteri dan keluarga untuk menghadapi kehidupan yang mencabar ini.

Betul la kata-kata lelaki yang hebat dibelakangnya ada wanita yang hebat.

Tahun Baru 2015 pasti menjanjikan cabaran yang mencabar. Harga minyak dunia jatuh teruk. Cukai GST akan dikuat kuasakan. Jadi banyak perkara baru yang perlu disesuaikan untuk meneruskan kehidupan yang mencabar ini.

Resolusi Tahun Baru 2015

1. Pencarian Kerja

Misi mencari kerja baru diteruskan. Sekarang ni dah ada kerja cuma kerja itu tidak berkenaan dengan bidang yang digemari. Resume dah siap update dan diperbaiki. Cuma kena tingkatkan lagi skill ketika menghadapi temuduga. Temuduga dah banyak pergi tetapi tidak ada yang sangkut. Kena teruskan usaha dan yakin pada kebolehan diri sendiri. Semoga pencarian ini menjadi pencarian yang berhasil dan menguntungkan.

2. Buat Duit dengan blog

Zaman sekarang ni kalau nak harapkan makan gaji jer memang tak mencukupi. Jadi kena lebih serius dan bersungguh-sungguh untuk buat duit dengan blog. Banyakkan sumber buat duit melalui affiliate, advertorial dan iklan. Teruskan belajar ilmu buat duit dengan blog ni.

3. Buat ebook sendiri

Aku bercita-cita untuk buat ebook aku sendiri. Aku bercadang untuk berkongsi ilmu dan pengalaman aku dalam membuat resume terutama kepada graduan yang baru habis belajar. Aku rasa aku ada kredibiliti dan keupayaan untuk membantu orang lain untuk mendapatkan temuduga dengan resume yang mantap. Aku boleh tolong ajar buat resume dengan betul jerla. Bab menghadapi temuduga tu memang luar bidang kerana aku pun tak pakar. Kalau tak dah tercapai dah resolusi nombor satu tahun 2015.

 

Rasanya cukuplah 3 resolusi buat tahun 2015. Kalau banyak-banyak pun susah juga nak direalisasikan. Baik aku fokus 3 ni dulu. Harap tahun 2015 ini adalah tahun yang penuh dengan kejayaan yang gilang gemilang buat aku dan negara kita yang tercinta Malaysia.

Teruskan usaha dan produktif untuk mencapai azam masing-masing. Jangan cepat berputus asa. Terus pandang ke hadapan. Tanam fikiran yang positif. Sabar menghadapi dugaan dan bersyukur terhadap nikmat yang dikurniakan. Nasihat ini aku tujukan kepada diri sendiri dan juga para pembaca blog mohdnorzali.com ini. Semoga tahun 2015 dimurahkan rezeki dan lebih baik dari tahun 2014.

Selamat Tahun Baru 2015.

Selamat Tahun Baru 2015

Selamat Tahun Baru 2015

 

Leave a Reply

CommentLuv badge