Edit PDF dengan PDFescape

Korang pernah tak kadang-kadang tu dapat dokumen dalam bentuk pdf, lepas tu korang kena edit dokumen tu.

Ada orang convert dahulu dari pdf ke word.

Macam aku lagi suka edit jer terus dekat dokumen pdf tu.

Cuma masalahnya nak edit dokumen pdf ni kena pakai adobe acrobat pro yang sudah pasti kena bayar.

Nasib baiklah ada PDFescape ni selesai segala masalah.

Boleh edit dokumen PDF secara online. Paling penting PDFescape ni percuma.

Sebagai contoh cara nak edit dokumen pdf untuk permohonan baru BRIM 2015.

Mula-mula pergi dekat PDFescape.

Lepas tu pakai akaun unregistered

guna akaun unregistered

guna akaun unregistered

Kemudian upload dokumen PDF yang mahu diubah di PDFescaped.

Paparan PDFEscape

Paparan PDFEscape

PDFEscape ada menyediakan 11 tools yang anda boleh gunakan untuk mengedit file PDF ini iaitu:

  1. Text
  2. Whiteout
  3. Image
  4. Freehand
  5. Link
  6. Form Field
  7. Line
  8. Arrow
  9. Rectangle
  10. Circle
  11. Checkmark

Untuk menulis sesuatu di dalam dokumen pdf anda hanya perlu memilih Text.

Manakala Whiteout untuk memadam mana-mana bahagian dalam pdf yang anda tidak perlukan.

Jika hendak menanda pilihan hanya pilih Checkmark.

Selepas selesai mengubah dokumen pdf di PDFEscape anda ada pilihan sama ada untuk print, save dan download.

Selesai mudah bukan menggunakan PDFEscape untuk mengubah dokumen pdf anda tanpa perlu convert dokumen tersebut kepada dokumen WORD.

Cuma biasalah kan benda percuma ni mestilah ada terhadnya. Akaun percuma ni hanya untuk dokumen yang tidak bersaiz besar.

Jika anda mahu juga edit dokumen pdf yang bersaiz besar anda perlu upgrade akaun anda.

2 Responses to “Edit PDF dengan PDFescape”
  1. Aretikz December 31, 2014
    • mohdnorz December 31, 2014

Leave a Reply

CommentLuv badge