Lubuk Duit Dengan Advertorial.MY

Pada zaman sekarang ni kebanyakan daripada kita mempunyai blog sendiri. Blog dijadikan medium untuk berkongsi maklumat, coretan hidup dan bermacam-macam lagi.

Bila blog sudah menjadi sebahagian daripada kehidupan memang sukar untuk dipasahkan. Sesibuk macam mana pun pasti blog tidak akan dibiarkan terbiar terlalu lama. Mesti ada saja yang hendak ditulis.

Apa kata alang-alang menulis di blog ni dah menjadi hobi, kita salurkan hobi kita ini menjadi lubuk duit dengan Advertorial.MY.

Macam mana cara nak buat duit dengan Advertorial.MY ni?

Cara nak buat duit dengan Advertorial.MY ini adalah dengan menulis advertorial untuk pengiklan dan anda akan dibayar oleh pengiklan atas kerja anda tersebut.

Sebelum itu apakah advertorial ini sebenarnya?

Advertorial adalah daripada perkataan Advertising dan Editorial. Ia adalah kombinasi pengiklanan dalam bentuk editorial.

Kebanyakan advertorial di internet adalah melalui laman blog, di mana pemilik atau penulis blog akan menulis ulasan untuk produk, perkhidmatan, laman web atau apa sahaja yang di minta oleh pengiklan.

Sebagai balasan pengiklan akan membayar sejumlah wang sebagai pertukaran bagi khidmat menulis ulasan tentang mereka. Blogger yang berjaya, menjana ribuan ringgit setiap bulan dengan hanya menulis ulasan untuk pengiklan di laman blog mereka sendiri.

Sumber: Advertorial.MY

kunci buat duit dengan advertorial.my

kunci buat duit dengan advertorial.my

Mungkin sebelum ini anda suka menulis mengenai makanan yang anda selalu makan, tempat yang anda selalu pergi dan bermacam-macam lagi.

Cuba kali ini anda tambah advertorial sebagai satu lagi topik yang anda boleh kongsikan diblog anda.

Anda tak rugi apa-apa malahan boleh menjana pendapatan sampingan.

Jika anda berminat hendak mencuba nasib untuk terlibat dengan advertorial ini, anda boleh memulakan langkah pertama dengan mendaftar di Advertorial.MY.

Selepas itu, pihak Advertorial.MY yang akan bertungkus lumus mencari pengiklan untuk anda.

Peranan anda hanyalah pastikan blog anda sentiasa diupdate selalu supaya dapat menarik minat pengiklan untuk mendapatkan khidmat anda.

Pengiklan pasti menyukai blog yang selalu diupdate. Blog yang selalu diupdate selalunya pasti ada pembacanya yang tersendiri.

Boleh mendaftar di siniĀ 

2 Responses to “Lubuk Duit Dengan Advertorial.MY”
  1. Aretikz December 29, 2014
    • mohdnorz December 30, 2014

Leave a Reply

CommentLuv badge