Ayam Penyet Mar

Ayam Penyet adalah salah satu makanan kegemaran kami sekeluarga.

Apakah elemen yang menjadikan ayam penyet tersebut sedap dan enak untuk dijamah?

Bagi aku ayam penyet yang sedap yang paling penting sudah semestinya adalah kesedapan ayamnya.

Ada orang menitik beratkan juga dari sudut sambalnya.

Aku yang tak makan pedas ni tak ada sambal pun tak apa.

Aku pun adalah penggemar tempe dan tauhu. Tempe dah tauhu juga adalah salah satu elemen yang mesti ada dalam masakan ayam penyet.

Lagi satu keriuk-keriuk dekat ayam tu pun penting. Aku paling gemar makan keriuk yang garing.

Jangan lupa sos kicap manis ABC untuk melengkapkan perisa.

Selalunya bila aku teringin makan ayam penyet dalam kepala aku mesti akan terpikir sama ada Ayam Penyet AP ataupun Wong Solo.

Kali ini kami sekeluarga nak cuba kelainan sedikit.

AYAM PENYET MAR

ayam penyet mar

ayam penyet mar

Ayam Penyet Mar ni terletak di lokasi yang mungkin tidak diketahui ramai. Tak ada dalam Waze.

Nasib baik aku memang berasal dari Sungai Buloh. Jadi memang senang jer nak cari Kampung Melayu Sungai Buloh.

Kampung Melayu Sungai Buloh ni terletak berdekatan kawasan komuter Sungai Buloh dan Hospital Sungai Buloh. Lagi mudah korang cari jer jalan nak pergi Klinik Kesihatan Sungai Buloh.

Ayam Penyet Mar ni betul-betul tepi jalan. Dari jauh dah nampak signboard dia.

Mula-mula sampai-sampai jer aku dekat Ayam Penyet Mar ni rasa ragu-ragu mula timbul.

Sedap ker tak ni. Orang macam tak ada pun.

Dah menjadi lumrah kita. Kalau kedai tu ramai pelanggan mesti tanggapan kita masakan kat kedai tu sedap belaka.

Namun tanggapan aku kali ini tidak betul, walaupun kedai ini tak ramai orang namun ayam penyet dia memang padu sedap.

Cukup ramuannya. Ayamnya garing, keriuk-keriuknya rangup. Sambal no comment sebab aku tak makan pedas hahahahaha.

Isteri aku pula makan talipia penyet.

Selain masakan yang sedap aku puas hati sebab harga yang berpatutan dan keadaan kedai yang begitu bersih.

Harga Ayam Penyet hanyalah RM6.50 sahaja.

Selamat menjamu selera.

4 Responses to “Ayam Penyet Mar”
  1. Ikhwan Fahmi December 28, 2014
    • mohdnorz December 29, 2014
  2. adarain December 29, 2014
    • mohdnorz December 29, 2014

Leave a Reply

CommentLuv badge