Sokongan dan Bantuan Terhadap Mangsa Banjir

Sekali lagi negara kita yang tercinta Malaysia diduga. Kali ini dengan musibah banjir yang dahsyat di Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak, Perlis dan sekarang telah menular ke Johor.

Paras banjir yang tinggi sehingga boleh menenggelamkan sekolah, rumah dan laluan utama. Kerosakan pada tempat tinggal, kenderaan dan harta benda penduduk setempat.

Aku hanya dapat melihat di kaca TV sahaja. Suasana dan keadaan banjir di sana. Kesian melihat mangsa banjir terutama orang tua dan kanak-kanak kecil yang terpaksa tinggal di tempat penempatan mangsa banjir. Ada juga yang terputus hubungan disebabkan tenaga elektrik terpaksa diputuskan. Pada masa ini bekalan makanan, air bersih dan selimut adalah sangat penting dan bernilai bagi mereka.

Harap-harap kepada mangsa-mangsa banjir ini banyak-banyakkan bersabar. Sabar terhadap dugaan yang menimpa adalah salah satu sikap yang mulia. Setiap dugaan itu ada hikmahnya. Setiap kesusahan itu pasti ada kesenangan dipenghujungnya.

Kepada kita yang tidak terkena banjir ini sama-samalah memberikan sokongan dan bantuan sedaya yang mampu. Sama-samalah kita berdoa kepada Allah untuk meringankan beban mangsa banjir ini dengan melakukan solat hajat seeloknya secara berjemaah di masjid.

Bantuan kewangan juga boleh disalurkan kepada pihak-pihak yang boleh menyampaikan bantuan tersebut secara terus kepada mangsa banjir.

Selain itu, bantuan dari segi bekalan makanan seperti beras dan biskut juga boleh disumbangkan begitu juga dengan pakaian dan selimut.

Bantuan Banjir

Bantuan Banjir

Semoga urusan bantuan kepada mangsa banjir berjalan dengan lancar dan selamat sampai kepada mangsa banjir.

8 Responses to “Sokongan dan Bantuan Terhadap Mangsa Banjir”
  1. ezuddin December 27, 2014
  2. adarain December 27, 2014
  3. Ikhwan Fahmi December 28, 2014
    • mohdnorz December 28, 2014
  4. Aretikz December 28, 2014
    • mohdnorz December 28, 2014
  5. Niza Yusof December 29, 2014
    • mohdnorz December 30, 2014

Leave a Reply

CommentLuv badge