Komisen Pertama dari advertorial.MY

Pejam celik pejam celik sedar-sedar jer dah nak penghujung tahun 2014.

Seminggu jer lagi tahun 2015 akan menjelang tiba.

Setahun juga aku telah menulis di mohdnorzali.com ni.

Akhirnya impian aku untuk buat duit dengan blog terlaksana juga apabila mendapat komisen yang sulong dari advertorial.MY. 

Komisen Pertama dari advertorial.MY

komisen pertama advertorial.MY - Dec 2014

komisen pertama advertorial.MY – Dec 2014

Walaupun komisennya adalah kecil iaitu RM35.94 namun nilai sentimentalnya adalah sangat tinggi bagi aku.

Strategi Menarik Minat Advertiser di Advertorial.MY

Advertorial.MY ini berfungsi sebagai sebuah platform yang mengumpulkan para blogger-blogger di bawah satu bumbung yang sama untuk menjadi tatapan para advertiser.

Setelah berdaftar dengan program ini, anda boleh la memulakan strategi pemasaran anda dengan mengarang profil blog anda dengan menggunakan ayat yang meyakinkan untuk menarik advertiser mendapatkan perkhidmatan anda.

Sertakan juga screenshot blog anda supaya advertiser dapat feel apa yang mereka akan dapat sekiranya melanggan perkhidmatan anda.

Selepas itu, buat kerja seperti biasa iaitu update blog anda sekerap mungkin.

Persiapan ini sangat penting supaya dapat menarik minat advertiser.

Letak harga yang berpatutan supaya advertiser tidak berfikir banyak untuk mendapatkan perkhidmatan anda pada harga yang berpatutan dengan kualiti perkhidmatan yang tinggi.

Advertorial.MY ini menyediakan dua peluang sekaligus untuk anda buat duit secara online.

  1. Sertai agen affiliate advertorial.MY untuk memperomosikan program ini kepada orang lain.
  2. Dapat perkhidmatan membuat advertorial daripada advertiser.

Anda tidak perlu risau tentang keberkesanan advertorial.MY kerana mereka sentiasa mencari advertiser yang mahu mendapatkan perkhidmatan blogger untuk review produk atau servis mereka.

contoh advertiser yang berminat

contoh advertiser yang berminat

Advertorial.MY tidak meletakkan sebarang syarat untuk menyertai program ini.

Jika anda masih baru pun dalam dunia blog ini, anda masih boleh menyertai advertorial.MY asalkan anda mempunyai blog sendiri tidak kara sama ada platform wordpress ataupun blogspot.

Kuasa Pengiklanan

Kepada usahawan di luar sana yang mempunyai produk dan servis yang mahu dipromosikan kepada pengguna, percayalah bahawa advertorial.MY adalah platform yang paling sesuai untuk mencapai target sales anda.

Percayalah bahawa pada zaman sekarang ini, kuasa pengiklanan adalah salah satu tunjang utama bangun jatuhnya sesebuah perniagaan.

Jika kita ada produk dan servis yang bagus dan terbukti berkesan dapat menyelesaikan masalah pengguna di luar sana, namun semuanya tidak berguna jika kita tidak war-warkan kepada pengguna mengenai produk dan servis kita itu.

Blog menjadi salah satu medium untuk menyampaikan maklumat dengan lebih berkesan dan diyakini kerana pengguna lebih mempercayai review blogger diblog jika hendak dibandingkan dengan pengiklanan di TV atau corong radio.

Selalunya blogger menceritakan pengalamannya sendiri menggunakan produk tersebut. Blog juga adalah komunikasi dua hala iaitu pengguna boleh berhubung terus dengan admin blog di ruangan komen. Tidak seperti iklan di TV dan sewaktu dengannya.

Capaian audience di blog juga lebih memberangsangkan.

Pengiklanan di blog juga jauh lebih murah jika hendak dibandingkan dengan mekanisme pengiklanan yang lain.

Berminat dan mahu tahu lebih lanjut mengenai advertorial.MY ini boleh klik di link ini

 

6 Responses to “Komisen Pertama dari advertorial.MY”
  1. Ikhwan Fahmi December 26, 2014
    • mohdnorz December 26, 2014
  2. TempahanDotMy December 27, 2014
    • mohdnorz December 28, 2014
  3. adarain January 13, 2015

Leave a Reply

CommentLuv badge