Buat Duit Di iLancee.com

Buat Duit Di iLancee.com

iLancee.com

iLancee.com

Zaman sekarang ni segalanya naik tak ada yang turun. Dari harga minyak, harga rumah sehinggalah keperluan barangan asas sekalipun.

Hal ini menuntut para pengguna terutamanya golongan yang berpendapatan sederhana dan rendah terpaksa ikat perut untuk menampung kos kehidupan yang semakin melambung naik.

Maka kita dapat lihat sekarang ini bilangan usahawan tidak kira secara online ataupun mempunyai kedai sendiri bertambah secara mendadak bagaikan cendawan yang tumbuh selepas hujan.

Mengawal perbelanjaan harian bukanlah satu-satunya langkah untuk meringankan beban ini. Kenapa bertindak pasif dan hanya mengharapkan pendapatan tetap setiap bulan.

Apa kata kita bertindak secara aktif dan reaktif dengan menjana pendapatan. Lebih-lebih lagi peluang menjana pendapatan tanpa memerlukan kita mengeluarkan modal permulaan walaupun satu sen.

Tidak semua orang diluar sana berpeluang untuk membuka kedai sendiri dan berniaga secara sepenuh masa. Ini kerana untuk menjadi usahawan yang berjaya kebanyakannya memerlukan modal yang tinggi, kemahiran yang tertentu dan juga komitmen yang tinggi terutama daripada segi masa.

Oleh itu, rebutlah peluang ini dengan mendaftar di iLancee.

iLancee ini menyediakan platform untuk anda membuat duit dengan hanya menawarkan servis anda kepada umum.

Kita semua mempunyai kepakaran masing-masing. Gunakanlah kepakaran anda itu untuk membantu orang lain selain dapat menjana pendapatan sampingan secara tidak langsung.

Antara bidang yang boleh anda tawarkan di iLancee ialah:

  1. Tema
  2. Pengiklanan
  3. eBook
  4. Programming
  5. Software
  6. Penulisan
  7. Video
  8. Graphic
  9. Fanpage

Contoh perkhidmatan yang anda boleh tawarkan ialah:

  1. Promosi produk atau servis diblog anda
  2. Perkhidmatan alih bahasa
  3. Khidmat nasihat

Selepas mendaftar langkah seterusnya ialah dengan mempromosikan perkhidmatan anda dengan membuat ayat promosi. Di iLancee ini ayat promosi boleh dibuat di Gig Saya.

Nyatakan secara jelas servis anda diikuti dengan maklumat tambahan yang anda perlukan daripada pelanggan untuk memastikan perkhidmatan yang anda tawarkan dapat diselesaikan dengan sempurna.

Pastikan juga tawaran harga perkhidmatan anda cukup kompetitif iaitu tidak terlalu tinggi dan terlalu rendah.

Anda juga boleh menawarkan servis tambahan (add-on) dengan harga tambahan.

Kepilkan juga gambar mengenai servis yang anda tawarkan sebagai bukti yang dapat membantu pelanggan untuk yakin melanggan servis anda.

Segala urusan adalah dalam ringgit Malaysia sahaja.

Apa tunggu lagi jom jana pendapatan tambahan dengan mulakan langkah pertama dengan mendaftar di iLancee.

“Contest ini telah dianjurkan oleh iLancee.com, ditaja oleh Buatduitblog.com, SeriusMedia.com, Sensasi2020.com

 

8 Responses to “Buat Duit Di iLancee.com”
  1. Hero Borneo November 14, 2014
  2. Hafiszan Kamarudin November 16, 2014
    • mohdnorz November 17, 2014
  3. Malaysia Tercinta November 18, 2014
    • mohdnorz November 19, 2014
  4. sensasi2020 November 26, 2014

Leave a Reply

CommentLuv badge