Mokhtar Dahari Lagenda Bola Sepak Malaysia

Hari ini merupakan hari jadi arwah Mokhtar Dahari yang ke 61. Google juga mengabadikan Mokhtar Dahari dalam Google Doodle hari ni.

Mokhtar Dahari Google Doodle

Mokhtar Dahari Google Doodle

Mokhtar Dahari adalah lagenda bola sepak Malaysia. Aku memang tak pernah melihat kelibat arwah bermain bola sepak secara ‘live’ kerana pada kemuncak career arwah aku masih belum dilahirkan.

Aku hanya berpeluang melihat kembali zaman kegemilangan arwah bersama pasukan Selangor dan Malaysia menerusi Youtube dan dokumentari di National Geographic.

Goal di dalam video ini ada iras-iras goal Maradona semasa menentang England. Mengelecek bola dari tengah padang terus ke gawang goal. Disudahi dengan tendangan padu ke penjuru gawang goal.

Mokhtar Dahari sangat setia dengan pasukan Selangor. Arwah hanya pernah bermain bersama pasukan Selangor sahaja.

Penggemar sukan bola sepak tanah air pasti merindui bakat besar dan luar biasa seperti Mokhtar Dahari yang dapat membawa pasukan negara ke peringkat lebih tinggi.

Banyak yang kita dapat belajar daripada Mokhtar Dahari dalam memajukan sukan bola sepak negara. Antaranya ialah:

  1. Penglibatan dalam sukan bola sepak dalam usia yang muda. Memang benarlah pepatah Melayu ‘Melentur buluh biarlah dari rebungnya’.
  2. Pada zaman Mokhtar Dahari sukan bola sepak di Malaysia adalah secara separuh masa. Siang bekerja seperti biasa manakala pada waktu petang barulah latihan bermula. Berbeza dengan zaman sekarang sukan bola sepak adalah sepenuh masa dan sudah pasti pemain akan mendapat ganjaran yang lumayan jika memenangi kejuaraan dan gaji pemain bola sepak zaman sekarang juga sangat kompetitif. Jadi sepatutnya tiada alasan untuk tidak menjadi pemain bola sepak yang hebat.
Mokhtar Dahari dengan Diego Maradona

Mokhtar Dahari dengan Diego Maradona

Gambar di atas menunjukkan bahawa suatu ketika dahulu kita memang digeruni oleh pasukan dari luar. Berdiri sama tinggi, duduk sama rendah. Tak ada apa yang hendak ditakutkan. Korea Selatan dengan Jepun pun gentar bila mendengar Malaysia. Gambar di atas diambil semasa perlawanan persahabatan di antara Selangor menentang Boca Juniors yang dimenangi oleh Boca Juniors 2-1.

Sama-samalah kita menyokong bola sepak negara semoga suatu hari nanti kita dapat melihat Malaysia digeruni seantero dunia. Walaupun prestasi semasa Malaysia bawah kendalian Dollah Salleh mengecewakan. Baru-baru ini tewas dengan Syria 3-0. Aku berharap Malaysia dapat menunjukkan taring sebenar dalam perlawanan Piala AFF Suzuki nanti.

Sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah Mokhtar Dahari semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang yang beriman. Amin.

4 Responses to “Mokhtar Dahari Lagenda Bola Sepak Malaysia”
  1. Hero Borneo November 17, 2014
    • mohdnorz November 18, 2014
  2. Suriya December 4, 2014
    • mohdnorz December 11, 2014

Leave a Reply

CommentLuv badge