Arsenal Dilema Kecederaan Pemain

Pasti minggu ini anda merasa kebosanan kerana English Premier League (EPL) berehat pada minggu ini untuk memberikan laluan kepada perlawanan kelayakan Piala Eropah. Pasti kedai mamak juga menjadi sunyi.

Aku adalah penyokong tegar pasukan Arsenal. EPL sudah berlangsung 7 perlawanan. Walaupun masih awal tapi kita dah boleh nampak corak permainan pada musim ini.

Arsenal seperti biasa dibelenggu dengan masalah kecederaan. Berikut adalah senarai pemain Arsenal yang cedera:

  1. Mesut Ozil – 12 minggu
  2. Mathieu Debuchy – 10 minggu
  3. Olivier Giroud – 10 minggu
  4. Aaron Ramsey – 6 minggu
  5. Mikel Arteta – 2 minggu
  6. Theo Walcott – 1 minggu
  7. Laurent Koscielny pun cedera tetapi mungkin sempat pulih untuk perlawanan seterusnya menentang Hull City.

Prestasi Arsenal sekarang ini agak hambar hanya berjaya merekodkan 2 kemenangan 4 seri tewas sekali. Arsenal menduduki tangga ke 8 liga.

Namun aku berharap Alexis Sanchez yang dibeli daripada Barcelona dapat memainkan peranan untuk memberikan saingan kepada seteru utama seperti Chelsea, Manchester City, Manchester United dan mungkin Liverpool.

Ayam Tambatan Terbaru Arsenal

Ayam Tambatan Terbaru Arsenal

Chelsea

Dikendalikan kembali oleh Jose Mourinho. Chelsea tampak garang disetiap posisi. Chelsea telah membawa masuk pemain yang hebat pada musim ini seperti Diego Costa dan Cesc Fabregas. Aku berasa kecewa kerana Arsene Wenger telah menolak peluang untuk membeli kembali Fabregas daripada Barcelona. Lihat saja kombinasi Fabregas dengan Diego Costa telah berjaya membuahkan hasil.

Manchester City

Misi untuk mempertahankan kejuaraan liga. Konsisten dalam liga. Pemain lama masih kekal seperti David Silva, Yaya Toure, Sergio Aguero dan ramai lagi. Jika pemain ini mengekalkan prestasi di tahap tertinggi pasti Manchester City mampu mengekalkan kejuaraan.

Manchester United

Musim kali ini Manchester United tidak terlibat dengan Champions League. Manchester United juga dikendalikan oleh pengurus baru iaitu Louis Van Gaal. Walaupun gagal melayakkan diri dalam Champions League, namun disebabkan kehebatan Van Gaal Manchester United masih berjaya menarik pemain hebat seperti Angel Di Maria, Falcao dan Ander Herrera.

Liverpool

Kehidupan selepas Luiz Suarez. Liverpool pasti merindui kelibat Luiz Suarez dan masih bermasalah untuk menyesuaikan pemain baru dengan gaya permainan Brendan Rogers. Ramai pemain baru dibawa masuk seperti Mario Balotelli dan Adam Lallana. Namun buat masa ini masih belum menunjukkan prestasi yang sebenar.

Pasukan yang berjaya membuat kejutan kali ini ialah Southampton. Walaupun telah menjual kebanyakan pemain hebat mereka namun mereka berjaya bersaing dengan pasukan lain dan menduduki tangga ke 3 liga.

 

Aku rasa pasukan yang paling layak untuk menjuarai EPL pada musim ini sudah pasti adalah Chelsea. Chelsea masih mendahului liga diikut rapat oleh Manchester City, Southampton ke 3 dan Manchester United ke 4. Mungkin Arsene Wenger boleh berbuat sesuatu untuk memastikan Arsenal memenangi sesuatu pada musim ini meneruskan momentum memenangi Piala FA pada musim lepas.

8 Responses to “Arsenal Dilema Kecederaan Pemain”
  1. titan October 10, 2014
    • mohdnorz October 11, 2014
  2. imran October 10, 2014
    • mohdnorz October 11, 2014
  3. blogger lelaki October 10, 2014
    • mohdnorz October 11, 2014
  4. Pahan October 12, 2014
    • mohdnorz October 13, 2014

Leave a Reply

CommentLuv badge