Layan Cerita Hindustan

Aku ni memang penggemar cerita Hindustan. Lagi-lagi cerita seperti Mann, 3 Idiot dan Kuch Kuch Hota Hai lakonan hebat Amir Khan dan Dato’ Shah Rukh Khan. Durasi cerita Hindustan selalunya 3 jam. Memang lama. Selalu slot selepas berita pukul 1.30 petang di TV3 menjadi kegemaran aku untuk bersantai di hadapan television melayan cerita Hindustan.

Namun apa yang aku nampak cerita Hindustan yang baru-baru hampir semuanya merepek dan mempunyai unsur-unsur seksi yang keterlaluan untuk tontonan umum.

Semalam kebetulan tengah dodoikan Aira Zahraa’ sambil tukar-tukar channel tu, ada pula cerita Hindustan pukul 10 malam dekat TV2. Tajuknya Taare Zaneen Par dalam bahasa inggeris ‘Like Stars On Earth’. Seperti bintang di Bumi lakonan hebat Amir Khan.

Aargh Pening

Aargh Pening

Layan-layan sangkut pula sampai lena Aira Zahraa’ tido. Apa yang menariknya cerita ini mengisarkan tentang seorang budak yang bernama Ishaan. Apa istimewanya budak ini jika nak dibandingkan dengan budak lain yang sebaya dengannya.

Ishaan ini menghidap Dyslexia. Dyslexia ini sejenis masalah iaitu kesukaran untuk mengenal sesuatu hurup dan kesukaran untuk memproses maklumat. Selalunya penghidap Dyslexia ni di peringkat awal dalam umur 8 tahun. Jadi sudah pasti Ishaan ini menghadapi masalah di sekolah kerana kaedah pembelajarannya tidak sesuai dengan pelajar yang menghidapi Dyslexia.

Dalam cerita ini, pendidikan adalah segalanya. Semua ibu bapa berlumba-lumba untuk memastikan anak mereka berjaya dalam pelajaran. Semuanya mahukan yang terbaik nombor satu. Ibu bapa sibuk menyediakan anak mereka untuk menghadapi cabaran dunia pekerjaan. Siapa lambat makanya dialah yang tertinggal.

Nasib Ishaan berubah apabila cikgu sandaran untuk subjek seni datang ke sekolahnya. Nikumbh juga menghadapai simpton yang sama dengan Ishaan sewaktu beliau kecil dahulu. Nikumbh lah yang bertanggung jawab memberikan sepenuh perhatian kepada Ishaan supaya boleh berjaya seperti pelajar yang lain.

Walaupun Ishaan ni mempunya masalah untuk menulis, membaca dan sebagainya tetapi beliau amat berbakat sekali dalam seni lukisan.

Apa yang menarik mengenai Dyslexia ini ialah kebanyakan orang-orang yang terkenal dan telah menyumbang kepada kemajuan dunia ini juga pernah menghidap Dyslexia semasa kecil. Golongan ini nampak memandang dunia dari perspektif yang berlainan daripada orang biasa. Antaranya ialah

  1. Albert Einstein
  2. Thomas Edison
  3. Leonardo da Vinci
  4. Steve Jobs

Pengajaran daripada cerita ini ialah setiap anak yang dilahirkan di dunia ini adalah istimewa. Mereka adalah bintang-bintang yang bakal menyinar dan mencorakkan dunia ini suatu hari nanti.

Kita sebagai ibu bapa perlulah memainkan peranan untuk memberikan sepenuh perhatian dan mendidik anak-anak ketika menjadi insan yang berguna di dunia dan di akhirat.

Jangan sesekali memperkecilkan kebolehan anak kita. Setiap anak-anak mempunyai keistimewaan dan kebolehan masing-masing. Tak semestinya golongan yang berpendidikan tinggi itu simbol orang yang berjaya.

Terima kasih TV2 kerana menyajikan rancangan television yang penuh dengan mesej dan panduan. Semoga aku juga dapat mendidik Aira Zahraa’ menjadi anak solehah. Amin.

12 Responses to “Layan Cerita Hindustan”
  1. titan October 9, 2014
    • mohdnorz October 10, 2014
  2. blogger lelaki October 9, 2014
  3. Hafizul October 11, 2014
    • mohdnorz October 11, 2014
  4. linie October 12, 2014
    • mohdnorz October 13, 2014
  5. Suriya October 30, 2014
    • mohdnorz October 30, 2014
  6. siti November 26, 2015
    • mohdnorz January 25, 2016

Leave a Reply

CommentLuv badge