Proton Iriz

Proton Iriz

Proton Iriz

Memandangkan harga minyak naik lagi RM0.20, aku rasa kepada mereka yang memang sudah pasang niat nak beli kereta eloklah masukkan Proton Iriz dalam senarai kereta yang anda bakal beli.

Sejak harga minyak naik ni, aku rasa tidak wajar kepada golongan pertengahan mahupun bawahan untuk memiliki kereta yang mempunya cc yang besar. Selain bayaran insurannya besar, komitmen penggunaan minyaknya juga besar. Senang cerita semuanya besar. Bagi yang mampu tak apa. Tolak tepi semua tu.

Proton Iriz ini ada dua jenis iaitu 1.3L dengan 1.6L. Harganya dipasaran paling murah ialah RM42,438. Ini dah kira spec yang paling rendah la ni. Kira-kira komitmen bulanan lebih kurang RM400 lebih. Seronoknya beli kereta tempatan ni boleh tak payah ‘downpayment’. Memang selalunya masalah untuk golongan muda yang baru nak memiliki kereta ini adalah ‘downpayment’.

Proton Iriz ni boleh dikategorikan sebagai kereta kompak bersaiz kecil tapi berjiwa besar. Eloklah kat Malaysia ni bilangan kereta semakin bertambah manakala bilangan tempat letak kereta makin kurang. Proton Iriz ni senang la nak parking.

Apa yang menarik tentang Proton Iriz ini ialah penggunaan enjin baru menggunakan teknologi Variable Valve Timing (VVT). VVT ni menjadikan kereta lagi cepat ‘pick up’ dan menjimatkan penggunaan minyak.

Dari segi keselamatan, Proton Iriz ini dilengkapi dengan 6 beg udara serta mendapat pengiktirafan 5 bintang daripada Asean NCAP Safety. Maksudnya dari segi keselamatan Proton Iriz ni lepas segala ujian yang diberikan oleh Asean NCAP Safety ni.

Ciri-ciri tambahan dalam Proton Iriz ini adalah ‘upgrade’ daripada Proton Suprima S seperti Proton Infotainment System.

Buat masa ni aku tak nampak lagi Proton Iriz ni di jalan raya. Jom ramai-ramai terjah ‘showroom’ Proton yang berdekatan, test power Proton Iriz.

6 Responses to “Proton Iriz”
  1. Abdur October 8, 2014
    • mohdnorz October 9, 2014
  2. joehaz October 8, 2014
    • mohdnorz October 9, 2014
  3. Hafizul October 11, 2014
    • mohdnorz October 11, 2014

Leave a Reply

CommentLuv badge