Harga Minyak RON95 Naik Lagi

Harga RON95 naik

Harga RON95 naik

Rutin harian aku hari-hari selepas sahaja bergelumang dengan jem di jalan raya dan sampai jer di rumah sudah pastilah melayan karenah Aira Zahra. Selepas selesai bersihkan diri semua, aku pun terpacak kat depan tv menonton buletin utama di tv3. Sekali keluar dekat berita pengumuman bahawa harga minyak RON95 telah naik RM0.20 bermula tengah malam 2 October 2014. Jadi harga terkini minyak RON95 ialah RM 2.30/L.

Dalam fikiran aku pasti semua rakyat Malaysia sudah berpusu-pusu keluar ke stesen minyak yang berdekatan dengan rumah masing-masing. Ikut kat hati dan perasaan aku pun nak turut serta dengan aktiviti bermusim ini. Namun disebabkan kepenatan memandu kereta dalam keadaan sesak yang tak reda lagi ditambah pula perut yang sudah lapar, aku batalkan niat murni aku tu. Redha jerla dengan kenaikan harga minyak ini.

Kenaikan harga minyak ini pasti memberi impak kepada ekonomi negara seterusnya secara langsung kepada rakyat Malaysia. Aku percaya pasti semua orang di Malaysia ini menggunakan minyak petrol ataupun diesel sebagai sumber tenaga utama mereka. Dikesempatan ini aku ingin berkongsi beberapa langkah yang boleh diambil untuk menghadapi kenaikan Harga Minyak RON95 ini:

1. Berkongsi kenderaan ataupun naik kenderaan awam ke tempat kerja. Jika kebetulan rakan sekerja tinggal berdekatan rasanya tak salah jika kita berkongsi kenderaan untuk ke tempat kerja. Jika tempat kerja kita berdekatan dengan stesen keretapi ataupun bas, boleh la kita bertukar kepada kenderaan awam sebagai medium transport ke tempat kerja.

2. Gerak awal ke tempat kerja dan pulang lewat ke rumah. Elakkan waktu ‘peak hour’ untuk ke tempat kerja ataupun pulang ke rumah. Waktu ‘peak hour’ yang dimaksudkan dalam lingkungan jam 7am – 9am dan 5.30pm – 7.30pm.

3. Rancang perjalanan anda. Gunakan aplikasi Waze untuk merancang perjalanan anda. Menerusi aplikasi ini anda boleh merancang jalan yang hendak digunakan, jarak perjalanan dan kadar tol.

4. Bertukar kepada motosikal. Motosikal sudah semestinya dapat membantu anda untuk sampai ke tempat kerja dengan lebih cepat dan pada masa yang sama jimat minyak. RM5 boleh bertahan selama seminggu. Banyak jimat itu. Cuma anda perlu lebih berhati-hati ketika menaiki motosikal.

5. Ubah gaya pemanduan anda. Percayalah gaya pemanduan anda boleh mempengaruhi kadar penggunaan minyak kenderaan anda. Memandu kereta dengan tenang jangan terlalu laju atau perlahan. Gunakan gear tinggi. Elakkan brek mengejut.

6. Periksa kenderaan anda. Selalu cek angin tayar kereta. Keluarkan barang yang tidak perlu dari bonet kereta. Gunakan minyak enjin yang betul.

7. Jana pendapatan tambahan. Cari pendapatan tambahan untuk menampung kos kehidupan yang semakin bertambah. Harga minyak dah naik tapi gaji tetap sama. Mahu tak mahu kita kena tingkatkan pendapatan dengan mencari wang tambahan. Antara kaedah yang boleh digunakan untuk mencari wang tambahan ialah:

  1. 8share.com. 8share.com ini ialah platform yang menyediakan beberapa artikel yang menarik seperti tawaran hebat dan sebagainya yang boleh dikongsikan di media sosial seperti Facebook dan Google +. Setiap Unique Visit di link anda akan menjana RM0.20. Walaupun nilainya kecil tapi bila dah dikumpul boleh membantu anda serba serbi.
  2. Job Dirumah. Job Dirumah ini menyediakan panduan untuk mengajar anda cara untuk mencari pekerjaan sampingan secara part-time di internet. Antara pekerjaan yang ada adalah seperti data entry dan translate.
  3. Affiliate. Jika anda perasan dekat blog mahupun status di media sosial ada sahaja orang promosikan barang dan perkhidmatan bagi pihak lain. Anda juga boleh terlibat dengan affiliate ini samaada menulis promosi di blog ataupun membuat promosi di media sosial. Antara affiliate yang anda boleh join ialah:
    1. Lazada.
    2. Ashadee.

Semoga dengan perkongsian ini dapat membantu anda membuat persiapan secara mental dan fizikal untuk menghadapi kenaikan harga minyak terutamanya RON95 ini. Jika anda ada tips yang lain boleh la berkongsi di ruangan komen. Sama-samalah kita menghadapi cabaran kehidupan ini dengan tenang, tak guna merungut dan menyalahkan orang lain. Teruskan usaha dan berdoa kepada Allah supaya semuanya berjalan dengan lancar.

10 Responses to “Harga Minyak RON95 Naik Lagi”
  1. titan October 2, 2014
    • mohdnorz October 2, 2014
      • titan October 4, 2014
  2. reezluv October 2, 2014
  3. siti hazreen October 4, 2014
    • mohdnorz October 7, 2014
  4. blogger lelaki October 6, 2014

Leave a Reply

CommentLuv badge