Google Street View

Pasti hari ini topik perbualan orang ramai tidak kira di pejabat, rumah, kedai mamak mahupun di media sosial berkisar tentang instant google street view.

Street view ni dah lama dah ada kat luar negara cuma dekat Malaysia ni baru jer ada.

Aku pun melayari google street view dekat telefon pintar aku ni. Saja nak test power.

Hanya masukkan alamat rumah anda lengkap pun boleh dan hasilnya sampai depan pintu rumah anda. Kagum kejap aku dibuatnya.

Boleh siap pusing-pusing lagi seolah anda berada disitu. Sebijik kalau keliling rumah anda ada pokok dekat google street view pun ada juga.

Nasib baik tak boleh masuk rumah. Tapi kan bagus kalau google street view ini dia buat real time.

Tak payah aku pasang CCTV dekat rumah.

Tengok dekat telefon jer.

Cepat betul arus kemajuan teknologi.

Bermula dari Google Map sebagai penunjuk arah. Nak canggih sikit rasa nak tengok rupa KLCC ker pakai Google Earth. Sekarang rasa nak jalan-jalan dalam alam maya hanya pakai Google Street View.

Apa yang menjadi perbualan hangat tentang Google Street View ini adalah dari soal keselamatan. Rasa macam dah tak boleh bersembunyi dah zaman sekarang ni. Duduk dekat pedalaman pun orang boleh tahu hanya dengan melayari internet.

Kemajuan teknologi ini bagus cuma yang menjadi persoalannya baik dan buruk sesuatu itu bergantung kepada penggunanya. Jika digunakan dengan betul maka baiklah gamaknya.

Bagi aku dengan adanya Google Street View ini boleh la aku gunakan untuk ‘survey’ tempat yang aku tak pernah pergi. Saja jalan-jalan.

Google Street View ini juga berguna kepada pencari kerja tegar.

Contohnya jika aku ditakdirkan dapat temuduga Schlumberger di Rohas Perkasa, pasti aku nak pergi survey tempat dahulu.

Kaedah kuno yang selalu digunakan adalah dengan pergi sendiri mencari tempat temuduga tersebut.

Namun dengan adanya Google Street View ini hanya cari Rohas Perkasa dan anda boleh jalan-jalan sekeliling kawasan tersebut untuk melihat sendiri bangunannya, jalannya dan perkhidmatan awam yang terdekat.

Kat situ kita dah jimat tenaga, wang dan masa.

Rohas Perkasa dari pandangan Google Street View

Gunakanlah teknologi yang ada untuk kebaikan manusia sejagat.

8 Responses to “Google Street View”
  1. Rokiah Abdul Hamid October 1, 2014
    • mohdnorz October 1, 2014
  2. blogger lelaki October 1, 2014
    • mohdnorz October 2, 2014
  3. titan October 1, 2014
    • mohdnorz October 2, 2014
  4. Linda December 1, 2014
    • mohdnorz December 11, 2014

Leave a Reply

CommentLuv badge