Interview Pegawai Pendidikan Tinggi DH41

Setelah segala persiapan sudah disediakan akhirnya hari yang dinanti-nantikan telah tiba.

Aku bangkit daripada tido awal daripada kebiasaan.

Pukul 5 pagi dah terjaga.

Segala dokumen yang diperlukan aku cek balik dan masukkan ke dalam beg.

Baju dan seluar di gosok rapi.

Kasut hitam di kiwi.

Kuku di potong.

Ulang kaji apa yang perlu buat kali terakhir.

Pukul 6.40 pagi aku bergerak ke Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) berpandukan Waze.

Alhamdulillah pagi tu jalan tak jem. Semuanya lancar sahaja. Agaknya disebabkan oleh musim cuti sekolah barang kali.

Pukul 7.05 pagi aku telah sampai di SPP. Aku letakkan kereta di hadapan SPP. Kena bayar yer. Kadar bayaran aku pun tak tahu.

Selepas itu, aku segera bergegas ke Pondok Keselamatan untuk mengambil Pas Masuk.

Aku diarahkan untuk meninggalkan Lesen Memandu yang ada gambar untuk ditukarkan dengan Pas Masuk.

Sampai jer di Blok B aras 1, calon-calon PPPT DH41 dah memenuhi ruang menunggu.

Untuk makluman jika anda tak tahu di mana lokasi Pondok Keselamatan dan tempat interview anda jangan risau.

Hanya ikut sahaja orang ramai yang berpusu-pusu ke sana dengan membawa fail.

Temuduga Kerajaan

Temuduga Kerajaan

Pagi tu aku rasa aku di antara calon yang segak. Pertama kali aku pergi interview pakai blazer selain baju kemeja lengan panjang, seluar slack hitam dan tali leher. Kalau ada ‘name tage’ lagi bagus.

Pastikan nombor bilik temuduga anda di surat tawaran. Ada juga calon yang tersalah masuk ruang menunggu.

Mula-mula anda dikehendaki untuk menyerahkan clear folder anda kepada staff yang bertugas untuk memastikan sijil telah disusun mengikut arahan.

Lama juga aku tunggu sempat la tertido. Kira-kira pukul 1 petang baru tiba giliran aku.

Aku ditawarkan bidang kejuruteraan kimia dan proses.

Interview dekat bilik 8. Satu bilik lagi untuk bidang ini di bilik 7.

Untuk bilik 8 daripada 16 calon hanya 6 orang sahaja yang hadir untuk bidang ini.

Setelah bunyi loceng dibunyikan kami berenam pun masuk.

Namun kami berenam telah membuat kesilapan besar apabila terus duduk tanpa dipelawa oleh pihak penemuduga daripada SPP dan Politeknik.

Kami di arahkan untuk berdiri dan diberikan peringatan lain kali jangan buat lagi.

Setelah itu, setiap orang diarahkan untuk memperkenalkan diri.

  1. Nama.
  2. Anak keberapa daripada berapa orang adik beradik.
  3. Asal mana?
  4. Latar belakang pendidikan
  5. Pengalaman bekerja.

Pusingan ke dua, kami diarahkan untuk menceritakan penglibatan kokurikulum semasa di Tingkatan 5.

Pusingan ke tiga berkenaan dengan bidang kejuruteraan kimia dan proses. Kami diarahkan untuk mengaitkan bidang kejuruteraan kimia dengan ‘green technology’.

Pusingan terakhir berkenaan dengan pengetahuan am. Setiap calon disoal soalan yang berbeza yang berkait rapat dengan calon.

Aku masa sekolah dulu sekolah di Kolej Melayu Kuala Kangsar.

Soalan yang ditanyakan kepada aku adalah:

Bilakah MCKK ditubuhkan dan berikan satu nama sultan yang pernah bersekolah di sini.

Calon lain antara soalan yang aku ingat

Siapakah Menteri Besar Terengganu?

Siapakah yang bertanggung jawab menjayakan sambutan hari kemerdekaan yang ke 57?

Siapakah wakil kerajaan persekutuan dalam kabinet negeri Selangor?

Apakah pendapat anda sebagai seorang pendidik mengenai isu soalan UPSR bocor?

Akhirnya tepat jam 2.30 petang sesi temu duga pun selesai.

Sebelum kami keluar dari bilik temu duga, penemuduga ada memberitahu bahawa bidang kejuruteraan kimia dan proses ini masih baru di Politeknik.

Penemuduga juga ada bertanyakan soalan bahawa adakah kami sanggup jika ditempatkan di Sabah atau Sarawak.

Tanpa berfikir panjang kami berenam serentak menyahut sanggup.

Begitulah serba sedikit pengalaman aku temu duga kerajaan untuk jawatan pegawai pendidikan tinggi gred DH41.

Selamat maju jaya diucapkan kepada calon yang lain.

14 Responses to “Interview Pegawai Pendidikan Tinggi DH41”
  1. titan September 19, 2014
  2. Wiramerah September 20, 2014
  3. TehR September 21, 2014
  4. Hafizul September 22, 2014
  5. Denaihati September 23, 2014
  6. Hazmin Hamudin September 30, 2014
    • mohdnorz September 30, 2014

Leave a Reply

CommentLuv badge