Persiapan Menghadapi Interview Pegawai Pendidikan Tinggi DH41

Sebelum menghadapi sesuatu seperti interview, akad nikah dan sebagainya persiapan adalah sangat penting supaya kita sentiasa bersedia.

Walaupun pelbagai rintangan dan halangan yang datang kita dapat atasi jika telah bersedia terlebih dahulu bak kata pepatah Melayu:

‘Sediakan payung sebelum hujan’.

Begitu juga dengan Interview Pegawai Pendidikan Tinggi DH41.

Persiapan mental dan fizikal adalah amat penting.

Bersiap Sedia

Bersiap Sedia

Antara persiapan yang telah aku buat ialah:

  1. Baca surat tawaran berulang kali supaya kita paham jawatan apa yang ditawarkan dan apakah bidang kerja yang dipertanggung jawabkan kelak.
  2. Sediakan dokumen yang diperlukan.
  3. Susun dokumen asal ke dalam clear folder mengikut susunan yang diarahkan seperti berikut:
    1. Surat tawaran
    2. Surat beranak
    3. Kad Pengenalan
    4. Sijil SPM
    5. Sijil Sarjana Muda dengan Transkrip
    6. Sijil Sarjana dengan Transkrip
    7. Sijin Penglibatan/Penganugerahan
  4. Buat salinan dokumen dan dapatkan pengesahan daripada pegawai kerajaan seperti guru besar dan ketua kampung.
  5. Tingkatkan pengetahuan am tentang dasar negara terutamanya mengenai kementerian pendidikan.
  6. Kenali menteri-menteri terutamanya mengenai kementerian pendidikan.
  7. Ambil tahu tentang negeri anda tinggal seperti tempat menarik, menteri besar dan sejarah negeri.
  8. Ulang kaji mengenai bidang yang ditawarkan. Sebagai contoh aku ditawarkan bidang kejuruteraan kimia dan proses. Jadi aku ulang kaji apa yang aku belajar dahulu yang boleh disoal seperti ‘safety’ dan ‘green technology’.
  9. Tengok berita jam 8 malam. Mana-mana channel pun boleh. TV3, RTM dan Astro Awani.
  10. Baca surat khabar. Utusan, The Star dan Berita Harian. Mana-mana pun boleh.
  11. Baca Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan dan amalkan.
  12. Survey tempat temuduga supaya pada hari temuduga anda tidak sesat. Kepada sesiapa yang pakai aplikasi waze bolehlah search Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan. Insya Allah sampai.
  13. Berdoa kepada Allah agar dipermudahkan segala urusan.

Aku berharap tips-tips yang aku kongsikan ini dapat membantu calon PPPT DH41 untuk menghadapi temuduga nanti.

Selamat maju jaya.

7 Responses to “Persiapan Menghadapi Interview Pegawai Pendidikan Tinggi DH41”
  1. titan September 18, 2014
    • mohdnorz September 18, 2014
  2. encik cermin September 21, 2014
  3. Hafizul September 22, 2014
    • mohdnorz September 23, 2014
  4. Ikhwan Fahmi January 24, 2015

Leave a Reply

CommentLuv badge