Pengalaman Membeli-Belah Atas Talian Dengan Lazada

Sekarang ni aku sudah bergelar seorang ayah. Selain memerlukan penjagaan yang rapi, baby juga memerlukan keperluan yang serba serbi cukup seperti pampers, napkin, baju, seluar, stroller, baby carrier dan bermacam-macam lagi keperluan.

Kadang-kadang sampai satu tahap kita nak pergi membeli barang kat pusat membeli-belah pun terasa sukar kerana baby masih kecil.

Sukar untuk dibawa berjalan dan si ibu masih berpantang.

Al maklum la ayah ni bukannya tau sangat nak beli barang ni.

Namun anda tidak perlu risau itu semua. Segala masalah dapat diselesaikan.

Solusinya ialah dengan membeli-belah dengan Lazada.

Apa yang anda perlukan hanyalah sebuah laptop ataupun telipon bimbit beserta internet.

Anda boleh membeli belah dengan Lazada tanpa perlu keluar dari rumah.

Hanya mengadap depan Laptop sahaja.

 

Apa itu Lazada?

Lazada adalah sebuah portal yang menyediakan perkhidmatan jualan secara atas talian. Pelbagai barangan dari keperluan rumah sehinggalah barangan elektrik semuanya ada dijual di sini.

 

Cara membeli.

Pilih barangan yang anda kehendaki dan setelah selesai boleh la membuat bayaran secara bank transfer, credit card, debit card ataupun cash on delivery.

Cash on delivery ni maksudnya membuat bayaran apabila barang sampai di rumah.

Penghantaran percuma tetapi jumlah harga barang yang dibeli mestilah melebihi RM 70 bagi kawasan Lembah Klang.

 

Pengalaman membeli-belah di Lazada

Pertama sekali bila daftar dengan Lazada akan dapat baucer RM 10.

Sebagai seorang yang sudah menjadi ayah, antara barang yang aku beli memang kebanyakannya yang berkisar dengan baby seperti pampers dan baby wipe.

Nak untung beli secara pukal. Beli sikit-sikit memang mahal.

Dekat Lazada ni ‘style’ dia jual pampers contohnya sekali beli pakej 4 set.

Jenama yang dijual pun adalah jenama yang terbaik di pasaran seperti Drypers dan Huggies.

Aku dah banding harga pampers di Lazada dengan pasaraya yang lain.

Memang terbukti dekat Lazada ni lagi murah.

Barang yang aku paling berpuas ย hati beli kat Lazada ni dan pasti akan syorkan dekat orang lain untuk membelinya ialah

My Dear Baby Stroller 18007.

Warna Oren kegemaran den

Warna Oren kegemaran den

Ciri-ciri yang aku suka tentang stroller ni:

  1. Sesuai digunakan untuk bayi yang baru lahir begitu juga yang sudah besar.
  2. Stroller ni boleh diubah tiga tahap. Menegak, sederhana dan baring.
  3. Stroller ni boleh diubah penolaknya sama ada menghadap bayi ataupun sebaliknya.
  4. Boleh kunci tayar.
  5. Boleh bawak naik kapal terbang.
  6. Mudah dilipat dan dibawa kemana-mana.
  7. Warna oren.

Harga asal RM 219.90. Tetapi di Lazada anda dapat jimat 27% iaitu harganya menjadi RM 160. Tolak baucer RM 10 jadi harga akhirnya menjadi RM 150. Kos penghantaran percuma.

Aku order hari Khamis. Esoknya Jumaat sampai ke rumah.

Lazada ni menggunakan perkhidmatan GDEX untuk menguruskan penghantaran mereka.

Aku berpuas hati membeli-belah di Lazada. Memang selamat.

Selamat membeli belah di Lazada.

22 Responses to “Pengalaman Membeli-Belah Atas Talian Dengan Lazada”
  1. titan September 12, 2014
    • mohdnorz September 12, 2014
  2. SaniYunus September 13, 2014
    • mohdnorz September 14, 2014
  3. Zuan September 14, 2014
    • mohdnorz September 14, 2014
  4. Toni September 16, 2014
    • mohdnorz September 16, 2014
  5. RedLinda September 19, 2014
    • mohdnorz September 19, 2014
  6. Wiramerah September 21, 2014
    • mohdnorz September 21, 2014
  7. Hafizul September 22, 2014
  8. 3lalat March 29, 2015
    • mohdnorz April 3, 2015
  9. Nana March 17, 2016
    • mohdnorz March 17, 2016
  10. melisa May 29, 2016
    • mohdnorz May 31, 2016

Leave a Reply

CommentLuv badge