Pengalaman Bergelar Seorang Ayah

Dalam kehidupan ini, hidup tidak akan lengkap selagi tidak berumah tangga.

Hidup akan menjadi lebih lengkap bila sudah dikurniakan zuriat.

Kita akan melalui kehidupan ini dari satu fasa ke fasa yang lain.

Aku telah melalui fasa semasa zaman kanak-kanak, beralih kepada zaman persekolahan (selamat menghadapi UPSR kepada adik-adik) seterusnya alam remaja sehingga berkahwin.

Pada tanggal 11 July (Jumaat) jam 11 yang lalu aku telah beralih ke fasa seterusnya iaitu dikurniakan seorang anak perempuan.

Alhamdulillah, syukur di atas rezeki yang dikurniakan.

Aku mengambil peluang ini untuk masuk ke bilik bersalin menemani isteri tersayang. Aku dapat saksikan sendiri bagaimana seorang ibu berhempas pulas bergadai nyawa untuk melahirkan seorang anak.

Apa yang aku mampu buat hanyalah memberikan sokongan dan semangat motivasi supaya isteri aku berfikiran positif dan berusaha sedaya upaya. Alhamdulillah isteri aku bersalin secara normal.

Saat dilahirkan ke dunia

Saat dilahirkan ke dunia

Aku kelu tak berdaya. Apabila melihat bayi kecil molek dilahirkan. Begitulah juga aku dilahirkan dahulu. Timbul keinsafan di sudut hati aku. Sayangilah ibu bapa anda.

Akhirnya mulai saat ini aku telah bergelar seorang AYAH. Terkial-kial aku nak pegang anak sendiri. Maklumlah anak buah semua dah besar. Aku memang tak biasa pegang bayi.

Setelah mempunyai anak kehidupan kami menjadi lebih ceria.

Liku-liku hidup dihadapi bersama.

Bersyukur dengan apa yang ada dan teruskan usaha ke arah masa depan yang gilang gemilang Insya Allah.

Kehidupan kami juga telah berubah. Jauh berbeza jika hendak dibandingkan ketika bujang dan baru berumah tangga.

Sekarang aku ada seorang lagi tanggung jawab yang perlu digalas.

Kehidupan menjadi lebih sibuk. Bayi memerlukan perhatian yang teliti. Banyak perkara yang aku pelajari. Masanilah teknik-teknik menjaga anak yang betul kena dipraktikkan.

Kebanyakannya aku berpandukan berdasarkan pengalaman ibu bapa aku dan rakan-rakan yang telah mempunyai anak.

 

Aira Zahraa'

Aira Zahraa’

Kami sepakat untuk menamakan anak kami Aira Zahraa’. Semoga menjadi anak yang solehah dan hamba Allah yang beriman.

Kita sebagai ibu bapa berperanan untuk menjadi contoh kepada anak-anak.

Lagi-lagi zaman sekarang ni risau. Banyak cabaran yang perlu dihadapi oleh ibu bapa untuk membesarkan anak masing-masing.

Rutin harian aku sekarang ini setiap kali balik lepas basuh muka semua mesti aku cari anak aku dulu.

Walau letih macam mana pun bila kita lihat muka anak kita habis hilang segala keletihan dan masalah.

Senyuman Menggoda

Senyuman Menggoda

Seronok dapat lihat pembesaran anak depan mata sendiri. Orang kata kejap jer masa berlalu. Sedar tak sedar tau-tau dah besar dah. Jadi hayatilah saat-saat manis bersama anak-anak. Semoga aku dan isteri dapat mencurah kasih sayang yang tak berbelah bahagi kepada Aira Zahraa’. Semoga Aira Zahraa’ membesar dengan sihat dan berjaya di dunia dan akhirat.

Beberapa E-book yang sesuai untuk bakal dan yang sudah bergelar ayah dan ibu:

      1. Rahsia Mudah Hamil – Tips Kesuburan Untuk Wanita
      2. Tips Rumahtangga Bahagia
      3. Rahsia Anak Soleh

14 Responses to “Pengalaman Bergelar Seorang Ayah”
  1. titan September 9, 2014
    • mohdnorz September 9, 2014
  2. jaymiee September 10, 2014
    • mohdnorz September 10, 2014
  3. RedLinda September 10, 2014
    • mohdnorz September 10, 2014
  4. myrujukan September 10, 2014
    • mohdnorz September 10, 2014
  5. Cikgu Hairul September 11, 2014
  6. Hafizul September 11, 2014
  7. joehaz October 8, 2014
    • mohdnorz October 9, 2014

Leave a Reply

CommentLuv badge