Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi Gred DH41

Sedar tak sedar dah masuk bulan September tahun 2014 ini. Cepat betul masa berlalu meninggalkan kita.

Misi aku untuk mencari pekerjaan yang kena dengan jiwa ini masih diteruskan.

Semalam surat panggilan temu duga tiba dari Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran Malaysia.

Alhamdulillah syukur.

Surat Temuduga

Surat Temuduga

Aku ditawarkan jawatan Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT) Gred DH41 bidang Kejuruteraan Kimia dan Proses.

Temuduga sehari lepas Hari Malaysia pukul 7.30 pagi di Putrajaya. Awal tu kena bangun.

Setelah 3 tahun lebih liku-liku kehidupan aku bergelumang dalam dunia minyak dan gas sebagai konsultant di sektor swasta, aku rasa sekarang ni adalah masa yang sesuai untuk aku bertukar bidang sebagai pengajar dan bekerja di sektor kerajaan.

Teringat lagi pada masa dulu aku selalu dengar orang tua kata kalau dapat kerja kerajaan ni masa depan cerah dan stabil.

Peluang ini memang tidak akan aku lepaskan. Aku minta pun dah lama rasanya.

‘Apply’ di Jobs Malaysia.

Aku ada pengalaman temu duga syarikat swasta jer. Temu duga dengan kerajaan tak pernah lagi.

Kalau korang ada pengalaman dan tip-tip yang berguna untuk sesi temuduga PPPT Gred DH41 ni sila la berkongsi di ruangan komen. Pertolongan anda semua adalah sangat-sangat dialukan.

Doakan la kejayaan daku kali ini.

Mungkin E-Book Rahsia Lulus Temuduga Kerajaan ni dapat membantu aku dan orang lain yang dapat peluang untuk temu duga jawatan kerajaan.

Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan

 

26 Responses to “Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi Gred DH41”
  1. Hafiz Rahim September 4, 2014
    • mohdnorz September 4, 2014
  2. jaymiee September 4, 2014
  3. blogger lelaki September 4, 2014
    • mohdnorz September 4, 2014
  4. Azam Mohamad September 4, 2014
    • mohdnorz September 5, 2014
  5. nz September 5, 2014
    • mohdnorz September 5, 2014
      • nz September 5, 2014
        • mohdnorz September 5, 2014
    • reen_87 September 12, 2014
  6. ave September 6, 2014
  7. Mohamad N Azra September 6, 2014
    • mohdnorz September 6, 2014
  8. Arman September 6, 2014
    • mohdnorz September 6, 2014
  9. titan September 6, 2014
  10. Cikgu Hairul September 11, 2014
    • mohdnorz September 11, 2014
  11. Farain March 16, 2015
    • mohdnorz March 16, 2015

Leave a Reply

CommentLuv badge