Blogger Buat Duit Dengan Advertorial.my

Sebelum aku bercerita mengenai advertorial.my aku rasa molek jika aku ceritakan serba sedikit mengenai dunia pengiklanan. Iklan adalah satu medium yang digunakan untuk mempromosikan produk dan perkhidmatan kepada pengguna. Pada zaman moden sekarang ini pelbagai kaedah pengiklanan ada di luar sana untuk para peniaga antaranya ialah:

  1. Iklan di television
  2. Iklan di corong radio
  3. Iklan di papan iklan (sekitar bangunan dan lebuh raya)
  4. Iklan di surat khabar
  5. Iklan di telipon
  6. Iklan di laman web
  7. dan macam-macam lagi. Asalkan ada ruang jer boleh dijadikan iklan dan mesin membuat duit.

Advertorial.my ini tergolong dalam kumpulan ke 6.

Pengiklanan di blog lebih mesra dengan pengguna kerana selalunya para blogger yang mempromosikan sesuatu produk tersebut adalah pengguna produk itu sendiri. Oleh sebab itu, promosinya lebih tepat berdasarkan pengalaman blogger itu sendiri.

Pengiklanan bergerak seiring dengan peredaran zaman dan teknologi. Kalau dahulu kita sebagai pengguna selalu melihat iklan melalui television, radio dan surat khabar.

Namun pada zaman sekarang medium pengiklanan telah berkembang maju tidak terhad kepada 3 medium ini sahaja. Zaman sekarang terkenal dengan dunia ‘gadget’. Semua maklumat di hujung jari dan semuanya hendak pantas dan cepat. Internet menjadi medium kegemaran golongan muda terutamanya untuk mendapatkan maklumat.

Contoh produk yang menggunakan medium pengiklanan sebaik mungkin ialah D’Herbs. Aku berani jamin ramai orang tahu produk ini. Iklan yang lucu dan tidak dapat dilupakan. ‘Tagline’ yang menarik iaitu “Terlajak Laris”

Advertorial.my?

 

Advertorial.my ini adalah lubuk kepada para blogger untuk buat duit tak kiralah yang baru nak mula atau yang sudah lama berkecimpung dalam bidang ini.

Advertorial.my menyediakan medium kepada blogger dan para usahawan di luar sana untuk bekerjasama dan secara tak langsung memberi manafaat kepada kedua-dua belah pihak.

Blogger menawarkan perkhidmatan untuk menulis review produk atau perkhidmatan usahawan di blog mereka sendiri. Blogger mendapat upah yang lumayan hasil penulisan review tersebut.

Selalunya untuk mendapatkan advertorial ini sangat sukar. Selalu yang dapat tuan punya blog yang terkenal dan mempunya page review, SEO dan segalanya yang terbaik sahaja. Baru layak mendapat advertorial. Di sinilah Advertorial.my memainkan peranan untuk membantu para blogger mendapatkan advertorial daripada usahawan di luar sana.

Advertorial.my

Advertorial.my

Cara untuk menyertai Advertorial.my

  1. Mestilah mempunyai blog sendiri tak kisah blogspot atau wordpress.
  2. Klik di sini : Advertorial.my
  3. Submit blog anda. Sertakan screenshot blog anda berserta ayat yang menawan untuk mempromosikan blog anda beserta dengan sebut harga untuk perkhidmatan anda.
  4. Lupa pula bayaran yuran dikenakan sebanyak RM59.90 sekali sahaja.
  5. Tunggu dengan sabar.
  6. Sambil tunggu tu teruskan menulis diblog anda dan teruskan mempertingkatkan prestasi blog anda dengan kaedah yang berkesan seperti Kitab Teknik SEO Merah Jambu

Selamat mencuba.

20 Responses to “Blogger Buat Duit Dengan Advertorial.my”
  1. suri September 3, 2014
    • mohdnorz September 4, 2014
  2. zool September 3, 2014
  3. Azam Mohamad September 3, 2014
    • mohdnorz September 4, 2014
  4. reezluv September 3, 2014
    • mohdnorz September 4, 2014
  5. HarfizBizstudent September 3, 2014
  6. Hafizul September 4, 2014
    • mohdnorz September 4, 2014
  7. titan September 5, 2014
    • mohdnorz September 5, 2014
  8. Arman September 6, 2014
    • mohdnorz September 6, 2014
  9. RedLinda September 8, 2014
    • mohdnorz September 9, 2014

Leave a Reply

CommentLuv badge