Tradisi Rumah Terbuka

Rumah terbuka telah menjadi tradisi dan budaya di negara kita Malaysia bila setiap kali tibanya perayaan besar seperti Hari Raya, Tahun baru Cina dan Deepavali.

Semasa rumah terbuka inilah pintu rumah terbuka dibuka seluas-luasnya untuk menanti ketibaan para tetamu terhormat.

Tetamu dihidangkan dengan pelbagai juadah yang sedap-sedap belaka.

Rumah terbuka juga menjadi medium kepada tuan rumah, sanak-saudara dan rakan-taulan untuk berjumpa, beramah-mesra, berbual dan bergossip.

Hujung minggu ini adalah minggu terakhir dalam bulan Syawal. Minggu nilah saat terakhir untuk melakukan rumah terbuka.

Pasti korang pun dapat banyak jemputan rumah terbuka minggu ini.

Jalan sudah pasti sesak. Lagi-lagi sekarang ini musim hujan.

Jadi hati-hatilah di jalan raya dan rancanglah perjalanan untuk mengelakkan kesesakan.

Cek kereta tu ok ker tak terutama yang hendak gerak jauh.

Gunakan bantuan Waze dan seumpama dengannya untuk mengelakkan kesesakan lalu-lintas.

Aku juga dapat jemputan rumah terbuka hari ini dari rakan karib aku Khairul.

Rumah terbuka beliau memang dinantikan tiap-tiap tahun.

Apa istimewa sangat dengan rumah terbuka si Khairul ini.

Sudah pasti selain layanan istimewa dari tuan rumah, siap ada karaoke lagi, Pizza air tangan ibu beliau menjadi pujaan setiap pengunjung yang datang.

Tiba jer di rumah beliau tak pandang apa dah terus serbu pizza. Pizza beliau istimewa dan lain daripada Pizza Hut dan sewaktu dengannya kerana cukup serba serbi dan penuh dengan isi seperti ayam.

Selain pizza banyak lagi makanan yang disediakan untuk tetamu sehingga senak perut:

  1. Rendang
  2. Kambing Bakar
  3. Salad
  4. Mee kari
  5. Jagung berserta ice cream
  6. Nasi beriani
  7. Sate
  8. Cendol
  9. Tapai
  10. Lain-lain yang tak sempat den nak serbu
Pizza Pojaan Ramai

Pizza Pojaan Ramai

Di kesempatan ini aku nak mengucapkan ribuan terima kasih kepada Khairul kerana sudi menjemput aku sekeluarga.

Tahun depan buat la lagi. Aku doakan semoga Khairul cepat bertemu jodoh. Mesti kenduri beliau seronok nanti.

9 Responses to “Tradisi Rumah Terbuka”
  1. titan August 23, 2014
    • mohdnorz August 23, 2014
  2. HarfizBizstudent August 23, 2014
    • mohdnorz August 25, 2014
  3. Pondok Papan August 25, 2014
  4. yandi August 25, 2014
    • mohdnorz September 2, 2014
  5. Bahrain August 26, 2014

Leave a Reply

CommentLuv badge