Cara Nak Buang Komen Secara Pukal di WordPress

Lama bebenor aku tak menulis di blog ini. Blog yang ditinggalkan ni sama la juga perumpamaan dengan rumah yang lama ditinggalkan.

Bila dah lama ditinggalkan mula la penuh dengan sawang, sampah-sarap, bangkai serangga dan sebagainya. Memang menyakitkan mata melihatnya.

Terpaksala bertungkus lumus nak mengemas rumah tersebut.

Begitu juga dengan blog. Bila dah lama tinggal tu. Mula la ramai benar orang asing yang mengomen. Senang cerita buat SPAM. Entah apa apa dikomennya. Sampai bahasa yang tak paham pun ada.

Sejak aku tinggalkan blog ni beberapa bulan ada juga la nak cecah 10 ribu komen yang tah pape. Kalau ditukar menjadi pasif income tak mengapa la juga. Boleh goyang kaki.

Mula-mula tercari-cari la juga dekat ‘interface’ wordpress ni. Ada ke tak butang untuk buang komen secara pukal. Memang tak ada la jawapnya.

Nasib baik la aku terjumpa plugin ni WPCommentCleaner. Senang jer. Cari dekat bahagian plugin. Muat turun dan hanya dengan sekali tekan tak kira la 10 ribu komen ker sejuta ker semua ‘un-approved’ komen akan dibuang dengan sekelip mata. Maka bersih kembali la blog ini daripada anasir luar.

WPCommentCleaner Plugin Source: www.wordpresslover.com

WPCommentCleaner Plugin
Source: www.wordpresslover.com

Kan best kalau untuk bersihkan rumah pun ada plugin macam ini. 🙂

 

13 Responses to “Cara Nak Buang Komen Secara Pukal di WordPress”
  1. reezluv August 21, 2014
  2. titan August 21, 2014
    • mohdnorz August 22, 2014
  3. suri August 22, 2014
  4. suri August 22, 2014
  5. ieta August 22, 2014
  6. Pondok Papan August 25, 2014

Leave a Reply

CommentLuv badge