Undian Champions League Pusingan Suku Akhir

Undian Champions League pusingan separuh akhir sudah pun diumumkan. Undian adalah seperti berikut:

→ Bayern Munich vs. Manchester United
→ Paris Saint Germain (PSG) vs. Chelsea
→ Brussia Dortmund vs. Real Madrid
→ Barcelona vs. Atletico Madrid

image

Champions League

Aku berasa sedikit kecewa kerana Arsenal sudah tersingkir apabila ditewaskan oleh Bayern Munich.

Jangkaan aku pasukan yang akan layak ke pusingan seterusnya ialah Bayern Munich, Chelsea, Real Madrid dan Atletico Madrid.

Berdasarkan prestasi semasa Bayern Munich masih mengekalkan rekod tanpa kalah dalam liga German dengan bermain secara meyakinkan di bawah kendalian Pep Guardiola. Manakala Manchester United pula sangat teruk musim ini. Kemenangan mudah buat Bayern Munich.

PSG pula unggul di takhta liga Perancis begitu juga dengan Chelsea masih mendahului liga perdana English. Namun pada pendapat aku Chelsea berpengalaman dalam champions league lebih-lebih lagi Chelsea dibimbing semula oleh Jose Mourinho. Kemenangan tipis kepada Chelsea.

Di bawah kendalian Carlo Anchelotti dan dibantu oleh lagenda Real Madrid iaitu Zinadine Zidane, Real Madrid nampak gah dan lebih ‘balance’ dalam semua posisi. Mungkin Real Madrid dapat mencapai kejuaraan ke sepuluh. Brussia Dortmund pula mengalami masalah kecederaan yang parah yang menyebabkan prestasi mereka agak teruk musim ini. Real Madrid layak ke pusingan seterusnya.

Barcelona mengalami prestasi yang terumbang ambing musim ini. Manakala Atletico Madrid yang bermain secara agresif dan tidak memberi peluang langsung kepada pihak lawan boleh memberi saingan yang sengit kepada mana-mana pasukan yang mereka lawan. Atletico Madrid akan membuat kejutan ke atas Barcelona seterusnya layak kepusingan seterusnya.

2 Responses to “Undian Champions League Pusingan Suku Akhir”
  1. profhariz March 26, 2014
    • mohdnorz March 30, 2014

Leave a Reply

CommentLuv badge