Undian Champions League Pusingan Kalah Mati

Undian untuk pusingan kalah mati Champions League telah keluar. Sudah pasti tumpuan aku tertumpu kepada Arsenal. Arsenal sudah pasti akan berdepan dengan pasukan yang menjadi pilihan utama kerana menjadi naib juara kumpulan akibat tumpas ditangan Napoli tempoh hari.

Champions League

Champions League

Undian untuk pusingan ke-16 adalah seperti di bawah:

  • Manchester City vs. Barcelona
  • Olympiakos vs. Manchester United
  • AC Milan vs. Atletico Madrid
  • Bayer Leverkusen vs. Paris St. Germain
  • Galatasaray vs. Chelsea
  • Schalke vs. Real Madrid
  • Zenit vs. Dortmund
  • Arsenal vs. Bayern Munich

Manchester City akan mengalami tugas sukar apabila berdepan dengan tiki-taka Barcelona. Manchester United pula berhadapan dengan laluan mudah. Begitu juga dengan Chelsea. Namun mungkin Didier Drogba boleh membuat kejutan.

Real Madrid masih mencari kejuaraan Champions League yang ke-10 la decima. Arsenal pula sekali lagi berhadapan dengan Bayern Munich. Kali ini Bayern Munich lebih kuat dan hebat dengan kehadiran Pep Guardiola dan reputasi sebagai juara edisi lepas.

Arsenal menghadapi saat-saat genting yang bakal menentukan sama ada jatuh atau bangunnya Arsenal sebagai juara ataupun terus dengan kemarau kejuaraan.

Arsenal baru sahaja tewas dengan Manchester City minggu lepas. Belum reda dengan kekecewaan ini, Arsenal akan menanti kunjungan Chelsea. Bagi aku perlawanan inilah yang akan menentukan siapakah yang bakal menjadi juara di akhir musim nanti.

Berbalik kepada Champions League perlawanan akan berlangsung kembali pada 18 Februari tahun hadapan. Tak sabar nak menyaksikan perlawanan yang berkualiti tinggi bertaraf dunia. Mungkin Arsene Wenger akan membuat kejutan dengan menandatangani pemain berkualiti seperti Mesut Ozil. Sama-sama la kita nantikan.

5 Responses to “Undian Champions League Pusingan Kalah Mati”
  1. titan December 18, 2013
    • mohdnorz December 19, 2013
  2. fauzie January 24, 2014
  3. Khairul Zamri March 4, 2014
    • mohdnorz March 30, 2014

Leave a Reply

CommentLuv badge