Pembahagian Kumpulan Piala Dunia 2014 di Brazil

Malam semalam berlangsungnya upacara yang dinantikan oleh semua peminat bola sepak diseluruh dunia iaitu pembahagian kumpulan Piala Dunia 2014 di Brazil. Akhirnya segala persoalan sudah terjawab.

Piala Dunia Brazil 2014

Piala Dunia Brazil 2014

Kumpulan A

  • Brazil
  • Croatia
  • Mexico
  • Cameron

Tuan rumah di undi dalam kumpulan yang agak mencabar. Bagi aku dalam kumpulan ini yang akan ke pusingan seterusnya ialah Brazil dan Croatia.

Kumpulan B

  • Spain
  • Netherlands/Holland
  • Chile
  • Australia

Sekali lagi kita dapat menyaksikan perlawanan ulangan final piala dunia edisi lepas di antara Spain dengan Holland. Pasti perlawanan pembukaan yang menarik. Untuk kumpulan ini aku rasa yang layak kepusingan seterusnya sudah semestinya Spain (juara bertahan) dengan Holland (naib juara).

Kumpulan C

  • Colombia
  • Greece
  • Ivory Coast
  • Japan

Dalam kumpulan ni aku rasa Ivory Coast dengan Japan akan layak kepusingan seterusnya.

Kumpulan D

  • Uruguay
  • Costa Rica
  • England
  • Italy

Bagi aku kumpulan D ni adalah kumpulan maut kerana pasti kita akan disajikan dengan perlawanan yang bermutu tinggi dari Uruguay, England dan Italy. Aku rasa Uruguay dengan Italy akan kepusingan seterusnya.

Kumpulan E

  • Switzerland
  • Ecuador
  • France
  • Honduras

Saingan yang mudah untuk France. Juara dan naib juara kumpulan ini sudah pasti France dan Switzerland.

Kumpulan F

  • Argentina
  • Bosnia-Herzegovina
  • Iran
  • Nigeria

Kumpulan ini sudah tentu Argentina dengan Bosnia-Herzegovina akan layak kepusingan seterusnya.

Kumpulan G

  • Germany
  • Portugal
  • Ghana
  • USA

Germany dengan Portugal hampir pasti akan layak kepusingan seterusnya.

Kumpulan H

  • Belgium
  • Algeria
  • Russia
  • Korea Republic

Akhir sekali untuk kumpulan H slot yang terakhir menjadi milik Belgium dengan Russia.

Bola itu bulat. Apa pun boleh terjadi di padang. Semangat juang, nasib dan taktikal menjadi penentu.

Setiap edisi Piala Dunia pasti ada kejutan. Kali ini aku rasa negara yang akan membuat kejutan ialah Belgium dengan Croatia. Walaupun Belgium dibarisi pemain-pemain muda, namun kelibat Eden Hazard dan Romelu Lukaku pasti menggerunkan setiap pertahanan di Piala Dunia nanti.

Tak sabar nak menunggu Piala Dunia 2014 di Brazil. Pasti ramai yang menjadi burung hantu berjaga untuk menyaksikan Piala Dunia ini.

Aku rasa untuk Piala Dunia di Brazil ini negara yang menjadi pesaing untuk merebut kejuaraan ialah Brazil, Argentina, Germany dan Spain.

Juara kali ini bakal menjadi milik Germany. Apakah pandangan anda? Siapakah juara?

Ps: Esok Arsenal akan bertemu Everton yang baru sahaja mengalahkan Manchester United. Mari kita saksikan perlawanan yang sengit ini esok pukul 11.55 malam di Astro Supersport HD di Channel 708.

4 Responses to “Pembahagian Kumpulan Piala Dunia 2014 di Brazil”
  1. titan December 13, 2013
    • mohdnorz December 17, 2013
  2. seri.selaseh December 30, 2013

Leave a Reply

CommentLuv badge