Adam Seafood Bangi

Aku memang penggemar masakan Thai lebih-lebih lagi tom yam. Sebenarnya aku ni jenis yang tak tahan pedas. Tapi disebabkan minat aku balun jer tom yam yang pedas tu. Minat aku pada masakan Thai sehingga aku sering sampai ke Danok yang terletak di sempadan Malaysia dan Thailand. Kampung aku dekat jer dengan sempadan Thai. Bila balik kampung memang aku sekeluarga akan curi sehari untuk masuk ke Thailand.

Adam Seafood adalah lokasi pilihan masakan Thai yang terbaik pernah aku rasa dekat Malaysia ini. Kedai ini terletak di Bangi. Walaupun aku tinggal di Sungai Buloh, namun disebabkan penangan masakan Thai yang sangat sedap dan lazat, aku gagahi juga untuk sampai ke kedai ni.

Aku beruntung kerana anak tuan punya kedai ni adalah rakan karib aku sejak di universiti lagi. Jadi memang aku selesa berkunjung ke kedai ini. Dah macam keluarga. Masakan sedap dan harga pun berpatutan. Sampai satu tahap mak aku sendiri minta resepi dekat mak kawan aku ni.

Kalau korang tanya lokasi aku memang lemah sedikit bab-bab ni. Walaupun aku sering berkunjung ke kedai ini, tetapi sampai sekarang aku masih menggunakan bantuan Waze untuk ke sini. Kalau korang ada applikasi ini, hanya taip Adam Seafood dan tekan butang pergi. Pasti sampai. Kedai ni kalau tak silap dekat seksyen 1 Bangi berdekatan dengan pasar. Agak tersorok sedikit. Senang cerita pakai jerla Waze.

Kedai ini beroperasi bermula pada pukul 5 petang sehingga lewat malam. Kalau tak silap aku la.

Antara menu-menu makanan yang menjadi daya tarikan pengunjung ialah

1. Butter Prawn

Butter Prawn

Butter Prawn

Butter prawn ni aku makan sampai kulit-kulit dia sekali aku telan. Rangup dan kuah dia pun sedap.

2. Siakap Masak Steam Limau

Siakap Masak Steam Limau

Siakap Masak Steam Limau

Siakap masak steam limau ni kesedapan dia sehingga mak aku yang cerewet pasal makanan pun minta resepi.

3. Semua jenis tom yam ada seperti pok tek dan tom yam putih.

4. Ayam Fujiyama

Maaf gambar tak sempat tangkap kerana bila terhidang jer terus sambar. Nama pun pelik. Rasa dia masam-masam sikit.

Dan banyak lagi menu lain yang sedap sampai aku sendiri pun tak reti nak sebut dan tak ingat sebab nama dia dalam bahasa Thailand.

Kepada ‘food hunter’ Adam Seafood ni memang wajib terjah.

13 Responses to “Adam Seafood Bangi”
  1. titan November 8, 2013
    • mohdnorz November 10, 2013
  2. Hafizul November 11, 2013
    • mohdnorz December 4, 2013
  3. seri.selaseh November 13, 2013
    • mohdnorz December 4, 2013
  4. Fauzie November 15, 2013
    • mohdnorz December 4, 2013
  5. Klinik Cinta November 16, 2013
    • mohdnorz December 4, 2013
  6. Amran December 11, 2013
  7. Hazmin Hamudin January 7, 2014

Leave a Reply

CommentLuv badge