Arsenal Menang Selesa

Asal hujung minggu jer mula la aku sibuk dengan aktiviti jemput-menjemput. Merata tempat pergi. Malam memang sah-sah satu badan letih dan lesu. Dalam pukul 12 lebih tiba-tiba kawan baik aku mesej, “hang nak tengok Arsenal tibai Liverpool la ni juga”.

Aku pun pada asalnya 50-50. Nak ke tak nak. Memandangkan perlawanan pun menarik dan aku pun dah lama tak jumpa kawan aku ini, aku pun turuti la permintaan kawan aku tadi. Tempat tak nak terkalah Original Kayu Kota Damansara. Kapitalis habis.

Masa aku nak keluar rumah tula tiba-tiba hujan lebat turun. Namun aku redah juga. Tepat jam 1.30 pagi aku bersama dua kawan aku dah tercegat di kedai mamak. Meja cantik punya betul-betul depan peti television. Aku tanpa membuang masa ‘order’ nescafe ais buat pengeras.

Tenang Sudah

Tenang Sudah

Separuh Masa Pertama

Seperti biasa Arsenal mendominasi perlawanan dengan hantaran pendek dan pantas. Senang cerita tak lama lepas tu Bacary Sagna membuat larian pantas dari belah kanan dan membuat hantaran lintang ke dalam kotak penalti. Manakala pada masa yang sama Santi Cazorla meluru laju dari belakang menanduk padu bola tersebut ke arah gol. Apakan daya bola terkena tiang gol namun Santi Cazorla berjaya membuat sepakan susulan dan GOOOL. Arsenal 1 Liverpool 0.

Separuh Masa Kedua

Brendan Rodgers mengambil tindakan pantasan dengan membawa masuk Cautinho yang masih belum cergas sepenuhnya untuk menguatkan barisan serangan Liverpool. Namun gandingan Luis Suarez, Daniel Sturridge dan Coutinho gagal menembusi pertahanan Arsenal yang dibarisi oleh Laurent Koscielny dan Per Mertesacker.

Pada masa kedua Arsenal agak goyah. Liverpool pula sudah mula mengorak langkah membuat beberapa serangan merbahaya. Tiba-tiba Mesut Ozil pas bola kepada Aaron Ramsey. Aaron Ramsey mengambil masa sedikit dan dengan tenang merembat bola dari jarak jauh dan bola itu terus meluru masuk ke dalam gol. Cantik sekali. Arsenal 2 Liverpool 0.

Sekali lagi Aaron Ramsey menjadi ayam tambatan kepada Arsenal. Perlawanan tamat Arsenal menang 2 berbalas 0. Akhirnya Arsenal berjaya menamatkan kemarau kemenangan setelah tewas kepada Borussia Dortmund dan Chelsea. Arsenal masih mendahului liga dengan 25 mata dari 10 perlawanan.

Minggu depan Arsenal akan berkunjung ke Old Trafford untuk bertemu seteru utama iaitu Manchester United.

17 Responses to “Arsenal Menang Selesa”
  1. titan November 3, 2013
  2. pahan November 4, 2013
    • mohdnorz November 4, 2013
  3. Hazmin Hamudin November 4, 2013
    • mohdnorz November 4, 2013
  4. Wan Gerrard November 4, 2013
  5. kakiblog November 4, 2013
    • mohdnorz November 6, 2013
  6. encikarman November 6, 2013
    • mohdnorz November 6, 2013
  7. hafizrahim November 6, 2013
    • mohdnorz November 7, 2013
  8. Zuan November 10, 2013
  9. Hafizul November 11, 2013
    • mohdnorz December 4, 2013
  10. Pingback: My Homepage September 17, 2014

Leave a Reply

CommentLuv badge